Wednesday, July 29, 2009

berkat jd ahli KURNIA

29hb semasa meeting KURNIA bersama cuepacs di pejabat aku, heheh aku pun g le gak meramaikan mesyuarat agung tahunan. dlm pada lambat dtg, kami diberikan souvenir dan no giliran utk cabutan bertuah. hehe x sangka akhirnya no aku dipanggil utk giliran ketiga.. apa nombornya? 457.. no bertuah le ni. wah sakan aku bergambar ni. balik rumah, aku ceritakan pd mak dan agihkan apa yg patut le. rezeki dr Allah utk Alief sekeluarga...
Wah sakan bergambar dgn org kuat opis ni hehe...

Tuesday, July 28, 2009

Shopping raya 1

minggu lepas ada kesempatan utk cari baju Alief. sebenarnya bulan puasa, kami tidak mahu sibuk cari baju dia lg.. penat le. lgpun husband hari sabtu ahad kekadang dah sibuk.
arah permulaan kami ke One Utama. cari punya cari sehelai je hubby berkenaan hehe dia mmg cerewet terutama bab color. lepas tu ke reject shop.. kt situ lak hehe aku berkenan kt sweater merah ni. apalagi bergaya sakan le Alief, mummy geram baju tu cute sgt. Balik rumah mummy basuh le ...

Monday, July 27, 2009

Apa cerita.....

hi semua... lamanya aku x update blog ni. bukan xde cerita, hari2 ada je kisah menarik dan buruknya. cuma masa begitu mencemburuiku (huhu mcm ayat Aziz Desa lak). pagi ni dengan semangat baru aku update le blog ni.
cerita aku (biasalah sejak ada buah hati ni) penuh dengan kisah hidup bersama dia dan aksinya.
Nak dijadikan cerita, suatu malam selepas siap basuh kain dll aku cari Alief. mana budak ni hilang ke mana lak. cari punya cari, walaupun rumah x besar mana.. rupanya dia kt bwh sofa merah. Ya Allah budak ni, dah sampai situ dia. x ku sangka dia boleh masuk dalam tu dan x terfikir dalam fikirkanku sebenarnya dia akan masuk ke situ. Inilah pertama kali dia masuk dan selepas itu, asyik nak masuk bwh tu je. Walaupun alief x pandai merangkak, tp hanya dgn berpusing dia dpt sampai ke arah yg dikehendaki. kalau atas katil, bahaya oooooo.. Bila aku nak tarik dia keluar dr bwh sofa, baru dia menangis.. seb x tahu nak keluar tahu masuk je.... kan sempit tmpat tu.
bila kuceritakan pd atuk nenek, habis mummy kena marah seb x jaga anak dan biarkan anak sorg2 sampai masuk bwh kerusi heheheh. biasa le.. org tua. aku lak, lebih suka dia berdikari... main sendiri. kita perati je dr jarak yg sepatutnya.. cuma skrg yg ku perasan, Alief cepat belajar, cepat ikut apa org ajar. aku ajar dia telefon guna tgn, dia dah pandai dan menyengih je. nenek ajar cap cekup udang gamit, terbuka tutup tgn dia hehe. yg pasti, kita x boleh tunjuk melalukan sesuatu atau berkata yg kasar di depannya. bahaya....

Aksi budak melasak. dr hujung dunia ke hujung dunia yg lain dia pusing. tu hujung sana kwn tilam toto dan mainan dia....
Ni le aksi berikutnya dia nak masuk ke bwh kerusi.. x serik2

Monday, July 13, 2009

Hobby sampingan

Tak faham tol aku minat main kereta lumba ni hehe membazir je.. bunyi lak eong eong.. sakit telinga. tp ikutkan je le, dah husband bawa. dia memang suka betul. seb dia sendiri ada 2 buah, kecil dan besar. yg kecil katanya utk Alief nanti....mm... yelah alasan dia, dr anak kita merempit ke lg x elok. yelah tu. sekurgnya minat ala2 mekanik gitu. Ini antara tempat lumba kereta kecil ni.. tgk gambar ni, ada seorang budak kecil dalam 1o tahun antara pelumba utama.

mak sapa le ni.. selebet tol.. sebenarnya xde mood ni hehee sekejap boleh le layan, kalau lama mulalah jom jom balik.

Oh ye ni anak saudara kami, umur 17 tahun nak SPM ni. kecil je kan.. rajin mengemas rumah ni. Shukriah namanya, anak adik husband

Pemandu Cilik

Senyum simpul budak 'kecil' ni hehe bila letakkan dia kt sit papa dia. nak tahu mengapa?
aaaa ni haaa minat baru Alief. giler stering.. sakan kalau pegang stering. sebut je pon pon pinpin menyengih anak mummy ni. belum sampai masa sayang... 17 tahun lg, tunggu belajar sampai pandai dulu..
Akhirnya, inilah pemandu yang sebenarnya...... dr umur 15 tahun dah belajar. Macho le tu konon..hehehe

kemalangan tidak mengenal masa/tempat

weekend yang lepas, kami sekeluarga berjalan ke N9. dalam perjalanan balik, sibuk berbual, husband mcm mengantuk. tiba2 dr jauh lebih kurg 1 km panjangnya hiway sesak. jammed teruk. apasal lak ni, rupanya ada eksiden di jalan yang bertentangan. teruk juga.. sempat le kami ambil gambar dan yg penting ambil 'pengajaran'. berhati2 le memandu, kalau laju sgt pun jgn le lebih sampai 120 ke atas... mcm nak terbang tu. selalunya kereta dr arah negara di selatan ni suka memandu dgn laju. yelah kt tmpt mereka, ada ke hiway lurus mcm kita ni.. apapun fikirkanlah ye, memandu ada had kelajuannya. hehe aku ckp org, kt hiway aku laju gak. yelah geram dah kalau slow beno org depan tp lg geram kalau org belakang 'cucuk'.. tak sabo beno. Alief masa ni.. hehe tido dgn nyenyak kt hamparan dia di belakang.... mcm tidur malam budak ni. Oh ye jalan bertentangan tu jammed nya aduiiii panjang tol. nasib nasib..
Inilah kereta yg remuk tu, iish ish mcmana agakanya pemandu kereta ni?
Ni pula sebuah van yg terbalik...

Thursday, July 9, 2009

Kembali ceria...

Kami ke Hospital Pakar al-Islam (dhaulunya Kg Baru Medical Centre), bahagian pakar kanak-kanak. sememangnya dah serasi dgn Alief di sana. Harganya juga berpatutan, tidak seprti klinik pakar kanak-kanak yang lain.
Kami berjumpa Dr. Khairul. Pertama kali kami berurusan dengan kerana sebelum ini selalu bersama seorang lg doktor wanita, nama aku tak ingat. Memang di sini hanya ada 2 org pakar kanak-kanak. tp doktor ni aduhai semuanya memang lembut le, detail dll. sebab itu aku memang suka membawa Alief ke sini.
semasa dirawat, Alief x lasak. jd budak baik hehe sampai doktr tanya, x takut org ke... hehehe. keputusannya, Alief sihat dan tiada virus. berat badannya sudah naik ke 7kg lebih. alhamdulillah. cuma yg kelakarnya, aku siap tersasul terpanggil doktor tu atuk hehe sebab rambut dia beruban heheh. ampun doktor... nurse pun sengih je, jangan doktor tu kutuk aku dah hehe apa le mummy.
Dr. khairul turut memberi saranan apa yang boleh dan patut dimakan anakku ini. rupanya carrot jgn bg selalu seb nanti budak kuning... yg penting bubur nasi, boleh campur daging/ayam, carrot sesekali. kentang dibolehkan sgt.. aku mmg dah bg dia kentang yg aku blend halus. yummy gitu. perutnya pun selesa menerima

Hospital ini telah berpindah ke bangunan sebelah yang baru sahaja dbelinya mungkin. yelah lebih selesa, dhaulu semuanya bercampur. kini bah kanak2 di tingkat 1, pesakit luar di bah bwh.
Bila ku hantar ke nenek, nenek lak kata asyik berak-berak. ish harap mak aku ok le...

Saranan doktor untuk makanan 6 bulan dan ke atas

Wednesday, July 8, 2009

Saat demam melanda

Ptg semlm semasa aku menjemput Alief, nenek beritahu 'T, anak ko demam ni." Terkejut aku. baru saja aku ceritakan pd seorang teman (Ina Deen) yg sejak lahir Alief sekali je demam. yelah risau juga, takut sekali demam teruk pula kan. Bila mak aku ckp mcm tu, rasanya mungkin kerana sudah beralih bulan ke angka 6. atau nak tumbuh gg atau nak pandai duduk. Balik je rumah, aku kabarkan pd husband. katanya xpelah, biasalah. cuma nasib baik, Alief still aktif mcm biasa. mulut tetap bising, cuma ada batuk sikit-sikit. bdnnya aku lap saja ptg itu, supaya dia lebih selesa untuk tidur.
Malamnya dia mula tidur agak lewat. mata mengantuk tp dia suruh aku layan lelebih. aku ikutkan je le.... cuma di tgh malam dia sering jaga. haus, meragam dll. pagi ini Alief di bawah jagaan husbandku kerana mak terpaksa ke klinik kerajaan semula, ada panggilan dr nurse katanya. cuma ku pesan kepada husband, kalau ada apa2 call saja dan kalau tidak pun, waktu lunch nanti saya balik sekejap. Maklumlah, opis aku semua cuti sedang dibekukan (ISO punya pasal..). Jadi kalau ada hal yg benar2 mustahak, bolehlah minta keizinan. Tp kalau benda yg penting, memang le kena cuti. nak buek camano.
Pagi ni aku tinggalkan my baby dengan harapan dia akan sihat, dan nampaknya dia pun semakin ok. Sblm ke opis, aku tidurkan dia di samping papanya. Kiss utk u all berdua...
oh ye mummy nak minta maaf kepada kenalan yg menunggu smlm, maaf x perasan... tidak disengajakan.

Tuesday, July 7, 2009

belajar duduk ke...

Disebabkan Alief tidak mahu tidur hehe aku suruh dia belajar duduk tapi bersandarkan beberapa buah bantal tidurnya dan papa. mukanya hepi le hehe agaknya dia ingat nak main le ni. Mummy sporting le ni, malam pun nak main lg... tp mulutnya bising juga. seb kepenatan. tp yg penting, Alief memang 'mesra' kamera hehehe. lepas je sessi bergambar, dah dah jom sambung tidur sayang. malam dah ni.... terus dia jerit uwaamamamama... skrg dah panggil mama lak. nenek pun kena panggil mama. tp sikit waktu lagi, mummy tau.
Oh ye. anak mummy ni dah 6 bulan... makin becok, noti, manja, kuat menjerit heheh tp dah selalu kena marah dgn papa. seb manja sgt dgn mummy le ni... xpe papa marah tanda sayang tu, marah manja gitu video