Wednesday, December 23, 2009

Langkawi 2009 - bab 3

Hari kedua di Langkawi, dimulakan dgn Island Hoping.. menaiki bot laju. Mulanya risau juga nak bawa anak2 kecil ni namun kerana ada life jacket yg kecil boleh lah disarungkan sebagai pelindung diri, lega sikit semua ibu bapa. Dengan kelajuan bot, Alief sampai tertidur.. asyik sampai layu matanya. kebetulan mmg dah mengantuk. Melambung kami ke kiri kanan, punya le laju mcm F1 speed bot. Tp semua jelas gembira pada hari ini, termasuk le pemilik blog ini......
Perjalanan kami singgah di Pulau Dayang Bunting.. cantik tasiknya. malah kita dibenarkan mandi manda, cuma di kawasan terbuka sebaiknya memakai life jacket. tempat untuk anak2 disediakan dlm ruang tertentu, tidak begitu dalam dan sesuai dengan ketinggian mereka. cuma masalahnya, sekumpulan kera di situ agak menakutkan kerana akan 'menyerang' beg plastik yg pelancong pegang. Bagi mereka, itu adalah makanan yang layak utk mereka. beg plastik aku sendiri menjadi pilihan kera2 itu. kalau kita tidak berikan, mmg akan dtg kumpulan kera yg lain untuk membantu kwnnya. Destinasi berikut ialah singgah di Pulau Beras Basah untuk mandi manda, dan seterusnya melihat kumpulan burung Helang.
Ptgnya telematch dimulakan untuk anak-anak dan staf. Adui.. mcm2 gelagat, sakit perut aku gelak. Tp inilah keceriaan bersama staf dan ahli keluarga yg lain. Kalau serius, tiadalah kemesraan sebegini. Malamnya diteruskan dengan acar BBQ dan cabutan bertuah.
Hari ketiga, semua bersedia untuk check out awal seb akan bertolak ke Padang Besar. Alhamdulillah percutian ini berjalan dengan baik mengikut apa yg dirancangkan.. apa yg kurg sudah menjadi adat. Terima kasih semua. Tahun depan ke manakah destinasi kita ye???
Perjalanan bermula dengan menaiki bot laju.. memang laju. Bak pemandu F1.


Me, Alief n my husband... Afiq mana ye.. hehe di belakang sana rupanya


Inilah gambaran pulau Dayang Bunting dr bot kami. jelas kepala, bdn dan bah perut seorg ibu hamil

Afiq merenung akan nasib dirinya selepas ini....

Ini lah kumpulan yg sama dgn kami... Marhalim dan family, Aries dan famili, Rozi & famili serta Afiq Shahizan my lovely nephew

Nyenyak dlm pelukan.... nganga je mulut dia, angin banyak masuk nanti nak

Puas mandi di kolam tasik Dayang Bunting, bersama kakak-kakak yg baik... Tina, Balqis dan abg Shafiq

Di Pulau Beras Basah, kami tidak mandi. hanya berehat


Bos dan wife, bersama Alief Imran... mesra

Ini dia calon pemain bola tampar utk tahun hadapan... hehehe merah le tgn setiap kali pukul bola.

My team... go go chaiyok. Diketuai Abg bad yg baik hati, Alfa yg gagah perkasa, Anak2 staf yg berbakat, Hisyam yg macho dan Aku + Ika yg cute mute hehehe

Alief buat pelampung mcm walker, laju... jenuh aku kejar... berbaloi le beli pelampung ni

Dalam feri, perjalanan pulang ke kUala perlis... hensem nya Alief mcm abg Afiq hehe

Penumpang bas melayan cerita Melayu klasik P.Ramlee... Seniman Bujang Lapok. x pernah lapuk walaupun sudah berzaman
Memang kepenatan.... Anak dan papa


Bersama hadiah yg dimiliki oleh Alief... nenek kata sesuai nak g rumah nenek, seb boleh isi baju + susu + pampers

Tuesday, December 22, 2009

Langkawi 2009 - bab 2

Hari yg sama di pulau Langkawi, keluar sahaja dr jeti semua dibawa ke Pekan Kuah utk shopping kerana hanya inilah sahaja masa yg diperuntukkan. Wah geramnya.. apalagi coklat terus kupilih (ini termasuk kiriman tanpa wang pos ni hhehe), Daim, Ritter Spot, Ferraroche, Soft Cadberi dll. Ternampak pula beg pakaian yg keras.. ini memang aku nak sgt. murah. ku sambar 2 buah, kecil dan besar. bukan apa, di akhirnya berguna untuk diisi dengan brg2. Nak beli periuk kaca, ada org tu senyap je. tetiba sblm bas nak gerak, si dia bg isyarat: "T nak beli periuk kaca, g le beli." heheh taknak le, dah merajuk. sudah terlambat ... mood pun xde. Di kilang gamat, aku hanya membeli gamat kering kiriman dr Eli untuk ibu mertuanya. Ubat gastrik katanya...

habis sahaja program bershopping, terus ke Aseania Resort utk lunch n check in. Adui laparnya... Cuma masalahnya di hotel ini, rupa2nya xde lif, makanan out le langsung seb ada yg mentah sedangkan harga bole tahan mahalnya, servis kurg, tuala pun nak kena minta ( ada ke katil 4 org diberikannya tuala 2 helai saja), bilik mandi bah bwh pun org boleh intai dr beranda atas... ish mengerikan tol. Tp semuanya diketepikan saja, seb sudah tersalah pilih... apapun bersyukur seb ada juga tmpat berteduh.

jam 4.00 ptg kami dibawa ke Underwater world.. tp on d way berjalan kaki Alief bole pula tidur dalam cuaca panas tu. mmg dha lebih dr time tidurnya .... namun di akhirnya sempat juga dia bangun. Manakala Dinner malam itu dimulakan lebih kurg jam 8 malam di dalam sebuah dewan. Ada beberapa game disediakan..... jenuh gelak hehe. Tapi Alief masuk ke bilik dulu dengan papa seb dia dah meragam nak tidur. tetiba dia terus muntah, mungkin kerana angin dan letih seb langsung tak berehat. risau juga, namun malam itu dia tidur dgn lena dalam kesejukan dan bangun dengan ceria sekali. Alhamdulillah x demam...

Lihatlah timbunan beg kami, ni baru waktu dtg hehe waktu balik le menggunung...


on de way ke Underwater world dan selepas membersihkan bdn... Maklumlah dr pg hehehe


Masa ni, ada sorg mamat pegang ular sawa besar ni kt luar.. aaaaa xnak aku lalu sebelah mamat tu, geliiiiiii

Memang sah wife Agus hebat bab mencari dlm gelap heheh siap guna kaki tangan.... anak Sidek, tidak kurg hebatnya. Namun tidak ramai kaum wanita join dlm game ni, committee nak join tak boleh siapa lak nak bantu chairman... terpaksa le anak2 kecil terlibat sama


Ini semua wakil staf lelaki yg begitu sporting... u all mmg best le

Sunday, December 20, 2009

Langkawi 2009 - bab 1

Tahun ni, kami memilih utk mengadakan perhimpunan 'family day' ke sebelah utagha, Langkawi, Kedah. Hujung december ditambah dgn cuti sekolah, memang sesak le. penuh dengan umat manusia, x kira besar kecil, tua muda, hitam putih... pakat semua ada le (dah jd slang utara lak). Program kali ini diuruskan oleh sebuah travel agency, namun sebenarnya kami semua tidak puas hati dgn pengurusan mereka. Cuma kalau nak bising sgt, benda dah terjadi.

perjalanan kami bermula jam 11 malam, menaiki 2 buah bas. manakala lebih kurg 10 buah keluarga yg lain ada yg menaiki kenderaan persendirian ataupun melalui jalan udara. Permulaan aku cuma risau, takut Alief x boleh tidur dgn selesa dalam bas. Namun alhamdulillah, bas walaupun bas lama tp sit nya mudah dibaringkan dan ini memberi keselesaan kepada anak kami yg kecil. Bas dibahagikan kepada 2 buah.. Bas 1 dan Bas 2. Bas 2 terdiri dari keluargaku, Rozi, Agus, Badwil, fatin, Noor, Sharul, Ika dan Nadia. manakala Sidek kami singgah di R&R Bukit Semanggol untuk menjemput dia sekeluarga.

Tiba di masjid Kuala Perlis, lebih kurg jam 5.30 pagi. di situ kami berhenti utk solat Subuh dan membersihkan diri masing2. lebih kurang jam 6.30 bertolak ke jeti, untuk bersarapan dna berjumpa dgn travel agency di sana. Jam 9 pg kami menaiki feri dalam suasana yg sesak. ada yg keatas ada yg ke bwah... malangnya seb x ada langsung org travel agency tu yg nak guide kami ke arah mana nak dituju. tingkat atas atau bwh, tepi ke dpn.. ada ibu seorg staf yg telah naik ke atas, terpaksa turun ke bwh. bkn ke menyusahkan.. sepatutnya staf agensi tersebut mendahului kami dan memberi arah kedudukan yg tepat. dgn anak yg ramai, dgn ahli feri yg sesak..

Ini antara gambar2 pada kejadian dan masa yg dinyatakan di atas... akan bersambung lg selepas ini..... don't go away..

Sebelum perjalanan bermula, semuanya muka segar bugar lg.. posing lebih sikit mummy ni

Ini di jeti Kuala Perlis.. mcm nak g Cameron lak gayanya.. papa je rileks x pakai jaket apa2pun


Suasana dalam feri...

Wah wah ini dia pemenang tmpat ketiga sehati berdansa.. ops silap sehati sejiwa sedang berlatih hehehe sneyum....

Lihatlah betapa ramainya umat manusia..... cuti sekolah terpaksa le rempuh semua ini

Alief bersama abg Afiq.. temannya. Banyak membantu kami, terima kasih

Memunggah brg utk dimasukkan ke dalam bas... perjalanan malam pun bermula

Sudah pandai....

Alief bersama sepupunya.. Eiman. ni apasal lak dipegangnya telingan Eiman Bila sudah pandai... mulalah sana sini bertanda.
Bila semakin lasak... mulalah kaki x boleh duduk diam
Bila makin becok... mulalah mulut main air liur
Bila sudah berdiri... memanglah sudah mula pandai memanjat

hehehehe.. ini semua tabiat terbaru Alief. katil kami juga jd tempat singgahannya utk memanjat, kebetulan katil rendah. (bila dia mula melakukan tabiat baru, aku rasa gembira sampai mengeluarkan air mata pula...)
di dahi??? Sudah bertanda... lebam. x pernah serik pun. tp yg penting dia sihat, lasak itu sebahagian dr sifat yg perlu ada. Cuma kenalah sentiasa 'mengawal' keaktifannya itu. Go go anak Mummy... x sabar nak tunggu dia berjalan pula.

Siapa nama Alief Imran? Dia mula angkat tgn kirinya, mmg kidal....

Sunday, December 13, 2009

Al-kisah lagi..

last week busy betul aku.... lama x update blog. hsuband pun xde, out station ke Jb (dinner show Khaty Ibrahim). kelam kabut hidup sekejap. Itulah kalau difikirkan, tiada husband di sisi merupakan satu kepayahan seb semua benda nak kena settle sendiri.. mcmana sesetgh wanita boleh ckp yg dia boleh handle semua sendirian (bunyi mcm ego je).. lain le kalau ada mak atau ayah atau adik beradik tinggal sekali dgn kita, ada le tmpat meluahkan kesusahan dan meringankan kita. mana dgn anak yg demam lg... oh ye alief demam seb nak melasak lg. nak memanjat, nak berdiri dan nak lepaskan tangan.. mcm2 anak mummy ni... balik klinik g giant beli barang, nak masak sup utk anak. sampai rumah, dpt call dr husband suruh jemput kt rumah kawnnya, Acis. kelam kabut dukung anak yg sedang tidur... terus aku masuk kereta, pandu ke Damansara. adui.. sesat sesat le pulak.. sampai masuk ke PJ. akhirnya sampai juga.. tp itulah pengajaran utk org mcm aku yg tahu duduk je dlm kereta.. hehe malas nak ingat jalan...

minggu berikutnya aku lak demam.. dr isnin, selasa.. rabu kena gak dtg utk workshop utk org HR mcm aku. khamis mula x larat dan jumaat demam semula.. adui.. demam panas dlm katanya. 3-4 hari lagi Langkawi bakal aku kunjungi.. kena sihat kena sihat... hehe beg dah ku kemas. dalam 2-3 beg juga le ye... ni belum kira angan2 ku nak beli beg lg, periuk, coklat.. kopak bulan ni. sibuk juga aku cari pakaian ringkas utk anakku, musim panas ni pakai t shirt je le. ish x sabau nak tgk alief mandi kolam mandi nni hehehe dia suka berendam.. mummy nak tumpang sekali... oh ye alief dah pandai sebut.. papa.. papa. tp mummy susah betul.. sblm ni asik sebut kakak, kakak.

InI AktIvIti AlieF TErkiNi.... buat papa dan mummy gelakkkk

Tuesday, December 1, 2009

Pengaruh kartun

Pengaruh kartun upin ipin.. x dpt dielakkan dr alief. minat sgt le . di Ikano Shopping Centre kebetulan astro buat program di sini.. Lilo & Stitch pun ada.

yg ni mummy test tudung selendang hehe xde kena mengena langsung le... huhuu sesuai x?