Sunday, May 31, 2009

Sarawak... knjungan kali ke 2

Dalam perjalanan pulang ke KL... seperti biasa kami merakamkan detik2 terindah hehehe
Inilah tempat yg aku suka, nak beli terubuk masin.... tawar menawar pun bermula Kilang kek batik
Sektretariat tetap 2008-2009
Tempat ni merupakan pilihan kami untuk dinner malam itu. semuanya diuruskan oleh pihak UNIMAS
Oh ye malam2 ni riverside kuching, ada sekumpulan pemuda buat show. bolehlah.... sebagai hiburan dan ramai gak audience hehe

Ini yg aku suka, sayur midin.... mcm pucuk paku
Maghrib di tepian sungai Sarawak....

Pasar Sarikin, syurga jualan murah di sini. ada telekung, beg, baju, best giler tp seb panas terik dan aku ni x nak le nanti tergolong dalam golongan 'rentung' hahahaha baik aku selamatkan diri. member pun dah x tahan.. apa aku beli ek.... aaa telekung, beg galas belakang (senang nak g keje bila bawa anak ni), topi husband
Di tengah-tengah jalan sebelum atau selepas pasar Sarikiin, ada pasar jualan org kampung di sini. Tp better hati2, baik beli brg biasa bukan apa takut non-halal.
Inilah senarai pengarah/timbalan pengarah/jurutera/jurukur bahan yg menjadi wakil bagi IPTA. Mereka semua merupakan kakitangan di bah pembangunan memasing. Aku lak, hehehe sekretariat je.. x termasuk dalam list di atas pun. Yg penting, panjang sikit kaki ni melangkah. idak le dok dlm opis je. Kali ini, UNIMAS Sarawak tempat kami mengadakan mesyuarat. Terima kasih orang Sarawak!!!

Thursday, May 21, 2009

Quality Day May 2009

Penerangan oleh ketua projek
MMmmm... sapa le pulak yang hulur kepala tu. huhuhu tumpang boleh
Apa le adik ipar aku tanya ni hehe dah lupa lak. Rasanya pasal program dan HR kot. Bab tu aku boleh le tolong jawabkan...
Orang kuat 'Quality Day 2009'

Koleksi team building

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Taman Negara sambungan hari kedua dan ketiga

Memang sah pacat pilih kaki yg berkarat hahahaha... (serupa color dgn aku 'pacat')) adui... gelak je le. kalau aku yg kena, lagi le aku lompat setinggi mungkin. aaaaa tidak.....



Bergambar bersama kaum Batek
Penginapan orang asli batek
Suasana di Lata Berkoh
Kelah Santuary
hari kedua, ptg nya kami melawat org asli Batek. Kaum wanitanya agak pemalu dan suka menyendiri. perjalanan ke tempat ni memang le best seb apa lagi, kena simbah air le. basuh kuyup le semua. Memang insaf le kalau tgk kehidupan mereka ini. kawasan permainan anak-anak hanyalah di celah-celah kehijauan pokok dan semak samun.

Hari ketiga, lawatan ke kawasan ikan kelah. tp malangnya, ikan x berapa nak timbul. dah puas 'menyanyi' lagu bawang merah bawang putih hehe x timbul gak. lain lak yang timbul. mungkin kerana hujan yang lebat pada malam sebelumnya.

Tapi apapun aku puas, memang puas. satu pengalaman yang baru. Oh ye.. banyak lg pengalaman yang tak dpt aku nyatakan di sini. Yang penting... terima kasih semua

Wednesday, May 20, 2009

Taman Negara hari kedua-sessi pagi

nak naik bukit ni agak tinggi, nasib ada tali... dengan sekuat mungkin berusaha
tiket untuk membawa kamera ke dalam taman negara, kalau tak sila tinggalkan saja kamera di hotel
Ini pula tiket utk canopy walkway...

Kepenatan setelah mendaki agak tinggi juga .. walaupun x sampai ke puncak
Hilang sikit rasa gayat... semangat semakin kuat setelah agak lama berada di atas
Inilah semangat yang dikehendaki...
Senyum dalam ketakutan hehe dalam hati Tuhan saja yg tahu... tp sebenarnya takut hanya di landasan permulaan dan seterusnya kekuatan mula datang

Hari kedua penuh dengan cabaran, program dimulakan dengan mendaki bukit. Dah lama tak buat exercise dan program mcm ni. Tp seronok sebab apa yg dihajati sejak dulu tercapai. Aku ni bukan lasak sgt orgnya, cuma yelah kenalah atasi ketakutan.
Dah lama ye x update blog ni... baru balik dr Sarawak, kerana menjadi sekretariat untuk Mesyuarat Pengarah Pembangunan IPTA. Sebelum tu Taman Negara untuk program Team Building. Minggu lepas insya Allah program Total Health Awareness di Awana Genting Highlands. Memang busy sangat le bulan ni, closing for internal audit pun baru je selesai. Lepas ni alamak, mengadap SIRIM pulak.
Alief anak tembam mummy ni pun dah beberapa kali ditinggalkan dalam bulan Mei ni saja. Takpe buah hati mummy, mummy g kerja tau. Lagipun mummy bagi 'can' kat papa jaga anak dia hehehe menggelebah ke tak. Terima kasih le pada "mak Teh' Alief yg sudi turun dr Pasir Gudang semata2 untuk membantu kami menjaga Alief semasa mummy xde.
Oh ye, pada Hari Ibu yg lepas... aku dapat apa ye???? hehehe itupun jenuh aku paksa husband 'lafazkan ucapan' utk aku (muka x malu).. maklumlah husband mmg bukan romantik langsung bab ni. dah kena paksa, barulah dia ucapkan. Itupun buat muka mcm mengantuk je huhuhu. Tapi apa2 pun terima kasih yg dpt aku ucapkan dan kepada semua para ibu yang membaca blog aku ni, aku rasa belum terlambat kan... Selamat hari Ibu semua!!

Thursday, May 14, 2009

Permulaan...

bermulalah tabiat baru anakanda mummy ni, belajar meniarap. itupun puas mummy tolak punggung hehe berat le ni. tidur pun dah lasak sampai ke bawah, mulut semakin becok (yelah dah aku pun sibuk melayan sama hehehe) ... dah nak masuk 4 bulan rupanya anak mummy ni. Lepas ni banyak lg benda baru yg akan dipelajarinya.. berat dah mencapai 6kg. Alhamdulilah.

Wednesday, May 13, 2009

Kwn baru Alief

Alief suka sangat dengan bantal peluk panjang dia ni. Sekarang dah pandai main sendiri, tp bila mummy dtg apalagi nak dukung le tu

Monday, May 11, 2009

Team Building May 2009 - sessi 1 / day 1



Nak naik bukit, ya Allah. memang le berjanggut. rasa mcm dah bongkok belakang ni hehehe boleh kurus ni aku kalau duduk lama situ. yeke...




Menu malam pertama.. selera kampung memang sedap
ini mcm nak buat video klip lak hehehe

Ok seperti tahun-tahun sebelum ni division aku memang akan anjurkan team building. Pasti semua tahu tujuannya bukan... (yes, nyanyi ramai2 k.. apa yang penting, KERJASAMA.) tahun ni kami semua dibawa ke sebuah taman, Taman Negara Kuala Tahan, Pahang. Wah aku mmg excited je. sebab apa? aku memang suka main air...walaupun x pandai berenang. masa induksi memang acara rakit aku minati, sukan air.

ok ok membebel lebih le pulak... induksi dah berlalu. ok kami semua bertolak menaiki bas universiti. sebuah bas, sebuah pajero, 2 buah kenderaan persendirian, sebuah xtrail dan my big bos, nissan fortuner 2.7.... wah mengancam le kereta ni. Hitam itu menawan... kan

tiba di tempat penginapan lebih kurang jam 4 petang utk check in. Jauh juga dr KL, nasib le kuar awal jam 12 tengahari. ada yg ckp 2 jam setengah le, 3 jam le. mmm semuanya x betul. itulah nak berjalan jauh masuk sekali masa utk berhenti minum dan solat, baru le betul. kalau lewat lg, alamat lg lambat le sampai dan semakin letih le kami. yelah, kalau sampai lambat, mana ada masa nak berehat. Fikirlah kan....

tempat kami duduk tu, Teresek View Hotel. Ok le... tp ada kekurangan dan kelebihan.. kelebihannya ialah murah hehe sekepala rm280 utk 3 hari 2 malam siap pakej semua. kekurangan, air susah, xde tv, xd rak dalma bilik air dll. Tp aku x kisahlah.. janji ada toilet bersih, katil nak tidur. kalau dlm khemah lg naya... kaum wanita x sesuai dok khemah

oh ye hari pertama bos belum sampai, ada meeting. jd hari pertama lebih kepada suai kenal tempat baru tu. waktu malam diadakan briefing untuk program hari seterusnya. makanannya walaupun nak biasa, tp ok le... sedap gak utk selera aku org biasa ni... x tahu le pulak org lain ye.

mcm biasa, aku ada gak kamera tp dalam pada tu aku nak gak tumpang kamera org lain. peduli apa, free hehehe. sapa nak marah, suka hati korang le...

Ini antara gambar2 utk hari pertama kami... oh ye sesiapa berminat nak adakan program kt sini, boleh contact aku. aku bg nombor tel. korang boleh gak ambil pakej mahal sikit kalau nak hotel mahal... ikut budget le ye