Monday, June 21, 2010

Hari Papa...

salam hari isnin untuk semua... 21 Jun 2010. Bosannya kalau fikirkan hari isnin ni, budak dah mula sekolah. of course jalan dah mula le sesak, sampai kena keluar awal walaupun opis bukannya jauh kt mana.
semalam kebetulan jatuhnya Hari Bapa, Hari Papa, hari Daddy, Hari Ayah, Hari Abah etc.. pagi2 dah ckp kt papa jgn lupa harini hari awak. apa awak nak, just ckp je. sekelip mata saya bg huhuhu tp limited edition. Ckp besar, nasib hsuband x minta kasut timberland ke (kesukaannya). destinasi kami ke wangsa walk... yg kelakarnya jalan punya jalan aku lak yg terbeli baju (untuk majlis apis sabtu dpn kt titiwangsa).. aik papa kata siapa yg sebenarnya sambut ni. hehehe. Tp papa yg cerewet akhirnya x beli apa2pun, budget mummy pun rendah je kan kan. kami singgah di Domino dan take away sebungkus plastik utk 3 org.
hasilnya inilah juadah untuk kami sambut hari Papa.. tp Alief setiap hari x pernah jemu panggil Papa, papa, papa.. even buka mata terus sebut nama papa. nama mummy tenggelam terus... apa nak buat, anak papa.

Yummy, aku mmg suka domino. kami tidak berapa gemar pizza hut, kalau yg ni bole habis le.

Bawah ni gambar budak yg dah kenyang, tayang bdn yg gagah. heheh mcm2 (nasib x letak gambar papa yg buat aksi sama mcm anak kesayangan dia ni)

Tuesday, June 8, 2010

Handy Manny

Kerana minat pd siri kartun Mexico 'Handy Manny', papa belikan main yg sesuai dan sama sepertinya kt The Curve.. lengkap dgn spanar, nut, skru driver, gergaji etc... alkisahnya papa belikan masa mummy g kursus BTN. wah wah mummy xde sakan depa jalan2 cuci mata.
oh ye semasa BTN di Meru, Klang alief kena tinggal sudah semestinya. tak lama pun aku kursus 3 hari 2 malam, berbanding biasa 5 hari 4 malam. tp rasa mcm seminggu hehehe, tiada langsung contact dgn dunia luar malah hp diambil mereka. malam pertama alief tidur dgn papa. malam kedua, alief kena tidur dgn nenek dan atuk kerana papa ada rehearsal kt rtm. cuma, bila hari mula gelap alief dah gelisah mak kata. akhirnya, alief menangis menjerit 'papa, papa' tanpa henti. mak pun dah rasa mcm nak menangis sekali seb x tahu nk buat apa. sebenarnya, dia dah pandai seb dah tahu sepatutnya masa ni dia kena balik rumah, tp kenapa x balik2 lg. akhirnya, mak call husband "Hamzah, anak ko ni dah menangis jerit2...." Husband terus x keruan.. lantas: "Yelah mak, kita balik ni." Sayangkan anak, papa sanggup balik masa tu juga.. tinggalkan latihan. nasib kwn2 dia memahami. selepas ambil terus hubsnad bawa g Giant, pusing2... mmm susah le nak tinggalkan dia lepas ni.
Dgn alat mainan baru ni, mulalah nak baiki kereta dia tu le hehe tunggang terbalik dibuatnya kereta tu. biarla.. jgn dia kacau brg lain sudah