Friday, November 28, 2008

Tangan yang menggenggam buaian dapat menggoncangkan dunia....
Tangan yang cekap bekerja mampu menyiapkan semuanya dalam sekelip mata...
Tangan yang berusaha akan menjayakan apa yang diidamkan...
hehehe sajak ke puisi ni...

Bekerja di sebuah syarikat penerbitan di KL ini memberikan aku pengalaman yang tidak terhingga... Di sinilah aku belajar software Pagemaker, Quarkxpress dan Adobe Photoshop (tp Photoshop mmg x khatam belajar lagi). tak perlulah susah payah nak belajar graphic design.. Manalah u all semua agaknya???? Hanya Asmaliza yang masih tetap kuhubungi dna menjadi kwn rapatku (tudung coklat duduk dihadapan)

bercuti di pulau pangkor.. berkayak, kayak juga. tp sampai tengah laut aku dah pening mcm nak muntah, terus ckp dgn adik nak balik ke tepi. xtahan mabuk laut.... percutian keluarga ni pada tahun 2002 rasanya..

Sempat berbasikal mengelilingi Pulau Pangkor. Sebenarnya nak dijadikan cerita, cik bie x reti berbasikal uwa....... jgn le gelakkan aku. kejam tau pada org yang pernah gelakkan aku dulu..... xpe ada ubi ada batas, lain kali kenalah korang aku gelakkan. Eksyen je lebih ni. tp apa2pun, terima kasih pd anak sedaraku yg duduk di depan sekali tu (Afiq) kerana menumpangkan Cik Ct duduk di depan basikal. Berat ke?









Program Induksi end of 2007, mmg best. Tp dalam ramai2, akulah antara yang 'tertua' heheh jenuh gak le nak ikut rentak adik-adik ni. Tp apa2pun mereka semua tetap sporting. Paling best, berkayak... wah mummy memang suka sgt2 masa tu. Nasib x terjun dalam sungai.. (walaupun x pandai berenang, membuatkan lupa diri sekejap)

Mama n me bermain buaian buatan sendiri di Pulau Pangkor.... Nak tahu kenapa kami gelak? Sebab mcm buaian tu nak roboh je huhuhuu. Ma, u are the best in the world...


Anak-beranak dalam proses 'menguruskan' badan hehehe. program Puspanita di Tanjung Pengelih...


Thursday, November 27, 2008


Masa ni husband ada 'keje' kt London. Lama gak kena tinggal, maklumlah 'keje' yang memerlukan pengorbanan. Tapi, bila balik heheh aku hepi je seb dpt 'hadiah'. Mcm2 le dibelikan, walaupun murah dah kecil tp mmg kita kena hargai pemberian org lain kan... Yg penting jgn nilai 'hadiah' dr seseorang dr nilai harganya tp nilailah dr keikhlasannya. Pada sesiapa yang nak berikan hadiah...heheh saya sudi menerimanya janji ikhlas maaaaa

6 Oktober, tarikh kelahiran Ahmad Eiman Razin... lebih kurang birthday mummy le... Mummy sayang eiman. Thanks Eli & Razlan
Hajjah Ainun Jamil, kami memanggil nenek. tp ada sepupuku yang memanggil 'nenek ct' heheh mcm nenek ni aku yg punya sorang. Almaklumlah sejak kecil, sejak kematian arwah atuk pada 1982... dialah ibu dialah ayah dialah nenek dialah datuk. dia yang membesarkan, menyekolahkan malah mencari pasangan untukku. sememangnya tidak terbalas rasanya.. kalau aku nak cerita, memang boleh menangis rasanya sebab dia insan yang paling lembut dan baik... I lov u nek... (hehe nenek aku pandai ckp omputeh, arab tau. jgn memain, jenis educated punya nenek)

Dari keturunan Haji Ishak Hj Omar dan Hajjah Ainun Jamil, inilah salasilahku... salasilah sebelah abahku. Manakalah sebelah ibu, anak 'mami' tanjung Penang..

Buat abah dan mak, Mohd Amin Hj Ishak dan Salbiah Othman.. terima kasih kerana 'melahirkan' anakmu ini. Tak terbalas budi di dunia apatah lagi di akhirat. Hanya doa yang dapat anakanda panjatkan ke hadrat Ilahi. Walaupun mereka berdua tidak bersama, segala itu ketentuan dariNya yang perlu dihadapi.
Tapi aku ni bernasib baik ada simpan gambar ni...








































Kenangan di rumah nenda di Sg. Tua.. seterusnya bercuti ke Indonesia melawat my auntie di sana. Sekitar tahun 1982-1985 .

Wei.. kurusnya masa ni.. heheh itulah penangan memilih makan















Zaman kanak-kanak adalah satu kenangan yang pasti semua tidak dapat dilupakan. Penuh dgn gelak tawa, tangisan, kedegilan dan keghairahan untuk mencuba. Sebagai anak jati Kg Baru, di situlah segalanya bermula... tempat walimatul urus kedua ibubapaku.. kelahiran di HKL pada 4hb Oktober 1973, jam 4.00 am. Zaman persekolahan dan seterusnya.... (Jangan sesekali lupa akan asal usul kita....)