Wednesday, December 23, 2009

Langkawi 2009 - bab 3

Hari kedua di Langkawi, dimulakan dgn Island Hoping.. menaiki bot laju. Mulanya risau juga nak bawa anak2 kecil ni namun kerana ada life jacket yg kecil boleh lah disarungkan sebagai pelindung diri, lega sikit semua ibu bapa. Dengan kelajuan bot, Alief sampai tertidur.. asyik sampai layu matanya. kebetulan mmg dah mengantuk. Melambung kami ke kiri kanan, punya le laju mcm F1 speed bot. Tp semua jelas gembira pada hari ini, termasuk le pemilik blog ini......
Perjalanan kami singgah di Pulau Dayang Bunting.. cantik tasiknya. malah kita dibenarkan mandi manda, cuma di kawasan terbuka sebaiknya memakai life jacket. tempat untuk anak2 disediakan dlm ruang tertentu, tidak begitu dalam dan sesuai dengan ketinggian mereka. cuma masalahnya, sekumpulan kera di situ agak menakutkan kerana akan 'menyerang' beg plastik yg pelancong pegang. Bagi mereka, itu adalah makanan yang layak utk mereka. beg plastik aku sendiri menjadi pilihan kera2 itu. kalau kita tidak berikan, mmg akan dtg kumpulan kera yg lain untuk membantu kwnnya. Destinasi berikut ialah singgah di Pulau Beras Basah untuk mandi manda, dan seterusnya melihat kumpulan burung Helang.
Ptgnya telematch dimulakan untuk anak-anak dan staf. Adui.. mcm2 gelagat, sakit perut aku gelak. Tp inilah keceriaan bersama staf dan ahli keluarga yg lain. Kalau serius, tiadalah kemesraan sebegini. Malamnya diteruskan dengan acar BBQ dan cabutan bertuah.
Hari ketiga, semua bersedia untuk check out awal seb akan bertolak ke Padang Besar. Alhamdulillah percutian ini berjalan dengan baik mengikut apa yg dirancangkan.. apa yg kurg sudah menjadi adat. Terima kasih semua. Tahun depan ke manakah destinasi kita ye???
Perjalanan bermula dengan menaiki bot laju.. memang laju. Bak pemandu F1.


Me, Alief n my husband... Afiq mana ye.. hehe di belakang sana rupanya


Inilah gambaran pulau Dayang Bunting dr bot kami. jelas kepala, bdn dan bah perut seorg ibu hamil

Afiq merenung akan nasib dirinya selepas ini....

Ini lah kumpulan yg sama dgn kami... Marhalim dan family, Aries dan famili, Rozi & famili serta Afiq Shahizan my lovely nephew

Nyenyak dlm pelukan.... nganga je mulut dia, angin banyak masuk nanti nak

Puas mandi di kolam tasik Dayang Bunting, bersama kakak-kakak yg baik... Tina, Balqis dan abg Shafiq

Di Pulau Beras Basah, kami tidak mandi. hanya berehat


Bos dan wife, bersama Alief Imran... mesra

Ini dia calon pemain bola tampar utk tahun hadapan... hehehe merah le tgn setiap kali pukul bola.

My team... go go chaiyok. Diketuai Abg bad yg baik hati, Alfa yg gagah perkasa, Anak2 staf yg berbakat, Hisyam yg macho dan Aku + Ika yg cute mute hehehe

Alief buat pelampung mcm walker, laju... jenuh aku kejar... berbaloi le beli pelampung ni

Dalam feri, perjalanan pulang ke kUala perlis... hensem nya Alief mcm abg Afiq hehe

Penumpang bas melayan cerita Melayu klasik P.Ramlee... Seniman Bujang Lapok. x pernah lapuk walaupun sudah berzaman
Memang kepenatan.... Anak dan papa


Bersama hadiah yg dimiliki oleh Alief... nenek kata sesuai nak g rumah nenek, seb boleh isi baju + susu + pampers

No comments: