Tuesday, December 22, 2009

Langkawi 2009 - bab 2

Hari yg sama di pulau Langkawi, keluar sahaja dr jeti semua dibawa ke Pekan Kuah utk shopping kerana hanya inilah sahaja masa yg diperuntukkan. Wah geramnya.. apalagi coklat terus kupilih (ini termasuk kiriman tanpa wang pos ni hhehe), Daim, Ritter Spot, Ferraroche, Soft Cadberi dll. Ternampak pula beg pakaian yg keras.. ini memang aku nak sgt. murah. ku sambar 2 buah, kecil dan besar. bukan apa, di akhirnya berguna untuk diisi dengan brg2. Nak beli periuk kaca, ada org tu senyap je. tetiba sblm bas nak gerak, si dia bg isyarat: "T nak beli periuk kaca, g le beli." heheh taknak le, dah merajuk. sudah terlambat ... mood pun xde. Di kilang gamat, aku hanya membeli gamat kering kiriman dr Eli untuk ibu mertuanya. Ubat gastrik katanya...

habis sahaja program bershopping, terus ke Aseania Resort utk lunch n check in. Adui laparnya... Cuma masalahnya di hotel ini, rupa2nya xde lif, makanan out le langsung seb ada yg mentah sedangkan harga bole tahan mahalnya, servis kurg, tuala pun nak kena minta ( ada ke katil 4 org diberikannya tuala 2 helai saja), bilik mandi bah bwh pun org boleh intai dr beranda atas... ish mengerikan tol. Tp semuanya diketepikan saja, seb sudah tersalah pilih... apapun bersyukur seb ada juga tmpat berteduh.

jam 4.00 ptg kami dibawa ke Underwater world.. tp on d way berjalan kaki Alief bole pula tidur dalam cuaca panas tu. mmg dha lebih dr time tidurnya .... namun di akhirnya sempat juga dia bangun. Manakala Dinner malam itu dimulakan lebih kurg jam 8 malam di dalam sebuah dewan. Ada beberapa game disediakan..... jenuh gelak hehe. Tapi Alief masuk ke bilik dulu dengan papa seb dia dah meragam nak tidur. tetiba dia terus muntah, mungkin kerana angin dan letih seb langsung tak berehat. risau juga, namun malam itu dia tidur dgn lena dalam kesejukan dan bangun dengan ceria sekali. Alhamdulillah x demam...

Lihatlah timbunan beg kami, ni baru waktu dtg hehe waktu balik le menggunung...


on de way ke Underwater world dan selepas membersihkan bdn... Maklumlah dr pg hehehe


Masa ni, ada sorg mamat pegang ular sawa besar ni kt luar.. aaaaa xnak aku lalu sebelah mamat tu, geliiiiiii

Memang sah wife Agus hebat bab mencari dlm gelap heheh siap guna kaki tangan.... anak Sidek, tidak kurg hebatnya. Namun tidak ramai kaum wanita join dlm game ni, committee nak join tak boleh siapa lak nak bantu chairman... terpaksa le anak2 kecil terlibat sama


Ini semua wakil staf lelaki yg begitu sporting... u all mmg best le

No comments: