Tuesday, January 12, 2010

Allah memelihara anakku, Alief Imran



Inilah budak baik tu...

Bukti kepalanya di'lukai'...
Sabtu lepas... dlm papa dan mummy sibuk bersiap nak ke rumah uncle Arfa dan auntie Rozy, alief juga sibuk bermain. dalam tak sedar, rupanya dia dah lama 'cantik punya pandang' kt satu lampu tu. lampu berdiri tepi katil, di dalam bilik aku. panjat je katil terus lepas tu dia berdiri kt tiang lampu.. digoncangnya sekuat hati. Ya Allah, berderai lampu tu jatuh, hanya mentol je masih berdiri di tiangnya. begitu kuat alief menangis dan begitu juga kuat aku menangis kerana risau akan dirinya.. luka ke dia.. ya Allah.
Segera hsuband mengangkat alief dan berikan kepadaku.. aku lihat kepalanya, nampak mcm tiada apa yg luka. namun tiba2 ada sedikit darah, tersentak aku. Peliharalah anakku, ya Allah.. itulah doaku. Tangisannya yg kuat semakin mendayu kerana hanya memangil meme, meme.
setelah kami bersihkan anakku dr serpihan.. kami sapu dgn gamat. Inilah peringatan pertama utk kami, jgn leka. tp sebenarnya kami langsung tidak leka, cuma hanya terlepas pandang seketika. betapa lajunya di alief bergerak... Kini, aku tutup semua pintu bilik yg boleh mengundang bahaya kepadanya. Oh ye mummy juga ada belikan mainan baru utknya.. yg akan diposkan harini. Tunggu ye gambarnya nanti...
Mulutnya yg petah kini suka memanggil papanya. Pa..pa. pa...pa. papa menjawab, iye... alahai manjanya papa hehe. tetapi bila kusebut pd Alief, mami or meme dia balas papa. meme, dia balas lg papa. ish budak ni, asik papa je.. saja je dia sakitkan hati aku hehehe. tp tetiba bila menangis, sebutan bertukar meme.. meme hehe sebutan papanya terus ilang... yelah papa mana nak kalau anak tu menangis pun.
Inilah keajaiban sentuhan dan kasih sayang antara seorang anak dan ibunya kan.. kerana kepada ibunya tmpat anak mengadu, merintih, bermanja. Inilah keistimewaan yg diberikan utk kaum wanita yg bergelar ibu....
Ingatlah selalu (juga utkku): 'Syurga di bawah telapak kaki ibu...'

1 comment:

Cerita Cici said...

Derang mmg lasak kak...hehehe....tp lasak tanda sihat kan...(ayat nk tenangkan hati)