Tuesday, September 29, 2009

sElAMat HarI RaYA 2009

Salam Aidilfitri semua... tidak terlewat rasanya untuk aku ucapkan buat semua blogger. Walaupun tahun ni tidak ada bonus, namun hadiah 'kecil' dr gomen tu aku rasa kita semua patut terima dgn kesyukuran. walaupun sedikit, alhamdulillah...
Tahun ni adalah giliran beraya di KL dulu, disusuli ke JB. Namun bagi kami, raya tahun ini di kampung ada sedikit 'suram dan muram', langsung tidak menyeronokkan. Kalau aku tahu, awal lg kami dah balik KL, padahal sebelum tu kami bercadang beraya sakan di JB. Biarlah tahun ni menjadi pengajaran...
Tetapi,
Walau bagaimanapun kami tetap seronok beraya kerana tahun ni pertama kali beraya bertiga.. husband, me n Alief Imran. Walaupun ada 'kurg seronok' beraya di kg.. ah x kisahlah. janji kami bertiga bahagia kan kan Alief.
Balik KL khamis , raya kelima. selepas itu beraya pula di Kl, wah seronok le Alief dpt buat 'collection' huhuhu. tp sebenarnya saudara mara yg jauh pun kali pertama bertemu Alief. semua geram, semua picit sana sini hehe. Alief mcm biasa, baju mesti hensem (kata papa) mesti bergaya sikit. kalah mummy (tudung senget benget kdg2, seb apa Alief asyik tarik. langsung tak bg can mummy nak melawa). papa kontrol hencem n macho huhu.
Raya juga aku tetiba kena selesema, kebetulan ketika di JB. adui tensen.. sakit kepala semua. balik KL, husband dgn alief pula menyusul. namun mereka tidak teruk seperti aku. Alhamdulillah
Tak banyak gambar yg aku ambil di hari raya... nasib gambar sekeluarga kami ada juga. cuma gambar raya pertama x sempat. Apapun, kami bertiga ucapkan Selamat Hari Raya.. siapa yang buat open house jemput le kami ek ek huhuhu... tahun ni idak le mummy nak buat. so tired laaa melayan si kecil..
Ni kat rumah mak aku.. tiga org cucunya. yg kecil sekali tu baru sebulan masa raya pertama

No comments: