Thursday, October 1, 2009

gegar.. gempa.. tergezut

Balik sahaja dr klinik kerana membawa Alief yg demam panas, (kepala dia panas betul-itupun mak dah sapukan air daun bunga raya putih) aku terus berehat di rumah. Ingatkan bolehlah aku berehat sambil melayan Alief yg agak meragam. tetiba Alief nak kuar rumah, terus husband bawa dia keluar. baru dalam 10 saat husband masuk semula ke rumah.
'T, kena kosongkan rumah. ada org panggil suruh semua turun.'
Ish nape le pulak ni. Rupanya husband beritahu td ada tingkat atas merasa gegaran yg kuat. Aku lantas terus capai tudung, ambil HP aku dan sempat isi botol Alief air masak. risau, takut dia meragam kt bwh.
turun sahaja, aku berjumpa beberapa penghuni lain tetapi semuanya tinggal di tingkat atas. seorang bro yg tinggal di tingkat 10 menyatakan yang air dalam gelas bergegar di atas meja rumahnya. wah... takutnya aku. aku yg tinggal di tingkat 1 memang xde rasa apa langsung, tp patutpun alief sibuk nak kuar.. mcm dia tahu saja. ini pertama kali kawasan perumahan kami merasai gegaran sebegini. Malam itu di berita TV3 memang ada menyebutkan gempa bumi di Sumatera. ya Allah, bila fikirkan kita hanya merasa secubit gegarannya sudah seram sejuk. Bagaimanakah nasib mereka di Padang sana. Nauzibillah min zalik. Moga Allah lindungi kami sekeluarga. Husband siap nasihat, kalau berlaku lg lain kali dan hanya aku berdua dgn Alief sahaja, ambil kunci kereta dan bawa apa yg patut. pergilah rumah sesiapa dulu...
lama juga kami berada di bawah. aku cuma risau kepala alief yg panas, tp alief budak baik. walau demam setakat ni dia x pernah menyusahkan mak atau kami. dia akan diam saja.. paling tidak sikit merengek. alief budaknya kuat.... sayang mummy. heheh husband siap lak ambil gambar aku guna hp Sambung baru dia. ish try test le katakan huhuhu. Gambar yang dia ambil ni dah mcm bibik lak aku ni hehe dgn lampin anak di bahuku. alah.. x sompek mummy nak melawa... nasib sempat mandi huhuhu

No comments: