Monday, September 7, 2009

Akhirnya botak semula..

Selepas baik saja dr demam, mak terus cadangkan agar aku botakkan kepala Alief. hilangkan aura sakit demam batuk dia tu. husband dan aku bawa Alief ke kedai gunting rambut India berdekatan rumah. risau juga takut dia menangis, x selesa. sebaik saja duduk di kerusi (alief duduk atas riba papa sambil papa memegang kepalanya).. dia diam. bila mesin gunting rambut berbunyi, alief agak pelik. tp anak yg baik ni tidak meragam langsung... semakin ke depan mesin rambut tu semakin dia tunduk hehe. Lihatlah kepalanya, aku tidak menggondolkan terus. takut xde rambut lak raya nanti. tp baru beberapa hari dah panjang.. ish mmg rambut lebat le anak mi ni.

Khayal tgk rancangan kesukaan.. Tidak semua rancangan kanak-kanak yang aku 'benarkan' dia tonton, cari yg ada mesej dan ilmu sikit. bkn apa, belum masa utk alief tgk spiderman, superman dll. huru hara nanti..

hehe Mummy saja je menggayakan.. geram tgk dia. Gambar bwh pula, Alief sedang belajar untuk duduk. walaupun agak ke depan belakang, tp tulangnya kuat. cuma dia mmg suka beno hisap jari kaki... sampai lak tu. ish ish nak adik ye...
bila dari sehari ke sehari, bila dah umurnya menjejaki 8 bulan ini aku bersyukur seb Alief sihat, aktif. walaupun agak lasak, mulutnya semakin bising suka menjerit (lwn jeritan papa dia le ni), ragamnya x boleh diam kalau didukung, tp mummy bersyukur kerana semua ini menunjukkan sifat positif dr seorang anak. Hati semakin sayang, kalau ke tempat kerja dlm hati sebenarnya rindu.. tp sayangkan anak kenalah tinggalkan.. sayangkan suami boleh juga ditinggalkan tp kenalah hati2 sokmo hehe. husband ku juga pandai melayan kerenah anaknya, cuma yg aku geram suka menyakat anak dia sampai menangis. yg jd mangsa hehe mummy nya le seb alief mmg x boleh mummy hilang dr pandangan mata. nasib rumahku kecil, dr ruang tamu dia boleh nampak aku masak di dapur... Alief Alief

No comments: