Wednesday, August 26, 2009

Salam Ramadan 2009

Salam Ramadan semua..
Sedar tak sedar hampir 6 hari kita semua berpuasa kan.. cepatnya. Cuba ingat kalau zaman kita kanak2 dulu, hehe hari dok kira dah berapa hari puasa. bukan apa, x sabau nak pakai baju raya, nak beraya sakan le katakan. Tp zaman kita berpuasa dulu, xde cuti sekolah mcm zaman sekrg. Masa pun banyak dihabiskan di sekolah dr di rumah. Kini, giliran anak-anak kita pula. kalau tanyakan pd mereka, sama je jawapannya. x sabau nak raya le, nak pakai baju baju. heheh bankrupt duit mak bapa. Anak punya pasal, mahal lebih sikit pun xpe.


oh ye banyak insiden berlaku (aku anggap untukku) sblm dan ketika bulan mulia ini.

Apa dia?
1. Insiden permulaan.. 2 hari sblm puasa aku cuti, ingat nak soping baju anak. Jadi kenalah tinggalkan si kecil dgn mak, senang sikit nak bergerak dgn husband. last2 mak telefon menyatakan dia demam kuat, x bolh bangun. kesian pula kt mak. akhirnya aku cuti 2 hari.
2. Hari pertama berpuasa, berbuka di rumah mama. Biasalah kami je le yg penuh. Kami tu (aku, hsuband & Alief, Eli, lan & Eiman, Hafiz & notmee, Mama dan ayah). Aku masak pe? heeh Masak lambuk je... sonang. mak masak memacam, ayam rendang pun ada. siap puding buah lg. Eli??? Ish ko ni keje bawa perut je le.. x patut x patut hehehe.
3. Hari Kedua berpuasa (Ahad), alief batuk dan selesema teruk. risau tol aku. Esoknya kami ke klinik.. harap sihat. tp kepala dia mcm berat je.. mak suruh sapukan ramasan air daun bunga raya. nampak lega skrg.
4. hari keempat berpuasa (Selasa), barulah aku dpt masak sepenuhnya di rumah. Husband dah lama mengidam nak asam pedas seb dah lama aku x masak hehehe. rezeki kami hari itu, asam pedas ikan duri (ikan ni aku x suka sgt, tp husband suka), sayur buncis goreng, tempe goreng.
5. Rabu pula menu aku, singgang kembung dan sambal tauhu + tempe (ni mak bagi hehe). aku tambah dgn udang goreng + buncis je. air hehe aku air masak. laki aku air 3 in 1 nescafe mmm... dia buat sendiri je tu. terima kasih ye..
6. Smlm, Alief smakin pulih. Alhamdulillah cuma batuknya x lega. tp dia cuma x nak makan sgt.. mungkin sakit tekak. punggung asyik nak angkat je hehe nak duduk le ni. ok menu aku, keli masak lemak cili api, terung goreng bercili, sotong goreng bwg. ni semua sampai ke pg husband aku makan untuk sahur sekali. aku memang jrg sahur.. minum air masak/susu/tamar le... tp susu x start minum lg hehe
7. harini hehehe makan free. pejabat aku buat iftar untuk staf dan keluarga. berduyun2 le kita ek...

Kesimpulannya, bulan puasa ni aku lebih kerap masak di rumah dr hari biasa hehe.. mcmana nak kuruskan bdn ni, asyik masak je tp husband nak makan punya pasal. takkan nak tgk je lauk tu, kena bedal sekali kan kan huhuu...

Sayonara

2 comments:

asrina said...

hehe..rajin ko masak ti, akak tapau jerlaa..lagipun nak makan akak & anak2 jer. Esya pun br belajar puasa thn ni

ct said...

kalau hamzah ada mmg masak je kak... sblm ada anak ke atau dah ada anak, mcm ni le dia. nasib mcm lipas kudung hehe. alhamdulillah anak akak dah mula belajar puasa ye.