Tuesday, January 27, 2009

Manusia sebenarnya tidak pernah rasa puas agaknya kan... dan kita semua adalah manusia ciptaan Allah. Dijadikan dari sumber yang sama, hanya diberikan sifat, perasaan, perangai, kerenah, akhlak, kelakuan, jenis yang berbeza.
Tetapi sebagai manusia, kita sendiri perlu menghadapi satu sama lain. nak tak nak, inilah yang perlu kita semua hadapi.
Mampukah kita hadapi, manusia yang sering menganggap diri mereka betul.. berada di landasan yang sempurna, terbagus. Bagi golongan seperti ini, banyak yang perlu kita sabar.. tetapi sampai bila? sampai bila agaknya?
Setiap apa yang orang lain buat, ada sahaja kutukan dan cemuhan serta sindiran dari mereka ini. ada sahaja yang tak betul, ada sahaja keburukannya. Malah kutukan dan cemuhan itu tiada hentinya, sentiasa bermain di mulut mereka. Lihat orang itu begini, beginilah kutukan, cemuhan dan sindiran mereka. lihat orang begitu, demikian pula kata-kata mereka. Sampai tidak ada satupun agaknya yang pernah memuaskan hati mereka. Ada sahaja protes dan tidak setuju....
Makhluk jenis apakah mereka ini... yg tidak pernah letih memperkatakan hal orang lain, mencari kesalahan orang lain, menyibukkan diri dalam hal orang lain. Perkara kecil, segera akan diperbesarkan. tidak pernah memikirkan perasaan orang lain... sebab merekalah yang terbaik, terbagus, berhemah, memiliki ilmu dunia dan akhirat. Ada sahaja cemuhan dan sindiran untuk menjatuhkan orang lain (walaupun dalam nada tertawa.. tetapi sinis sebenarnya). Aku sendiri tidak pasti bagaimana agaknya untuk aku puaskan hati semua orang.. apakah lagi yang perlu dilakukan supaya insan lain tidak mencari kesalahan kita.
Setahu aku (sebagai org yang kurang dalam ilmu akhirat), sebuah kisah di zaman Rasulullah saw. menyebutkan bahawa ada seorang wanita tua yang alim (sempurna ilmu dan segala2nya) tetapi setelah meninggal dunia, dia dimasukkan ke dalam neraka. Puncanya? Kerana mulutnya. Suka menyakiti insan lain.
Ya Allah! Jauhilah diriku dari semua ini. Dari kedengkian dan iri hati manusia yang tidak pernah puas. Dan lindungilah mulutku dari berkata hal-hal yang akan menyakiti insan lain.
Aku sendiri masih membimbing diri supaya jangan mudah melihat diri seseorang dari luaran, kerana luaran tidak membayangkan kebaikan. Sebaiknya dalaman kita sinarkan dengan kebaikan. Kita mulakan dengan melaksanakan amalan yang kecil tetapi istiqamah, bukan dengan hanya pandai berkata-kata tetapi kosong.

4 comments:

Eyna Shariff said...

manusia mcm tu mmg byk didunia nie kak.... semuanya nk betul tp xpenah nk cermin diri sendiri yg dorang tu betul atau tak... kita hanya perlu sabar dan sabar... tp sampai bila xtau la....

Unknown said...

sebenarnya kita tidak perlu untuk memuaskan semua hati manusia kerana manusia tidak akan pernah puas dalam segala hal, cuma kita perlu selalu ingat sememangnya setiap masa ada org yg pasti memerhatikan kita,manusia, malaikat,tuhan, semuanya memerhatikan kita tapi kita terlupa,itu lumrah alam,kita juga perlu berhikmah dalam segala sesuatu, dan bersikap tolenransi dan tidak hanya mementingkan diri kita sendiri,dan selalu melihat dari pandangan sudut luar mengapa mereka sentiasa tidak berasa puas dengan kita, pasti ada yg tidak kena dan betulkan apa yg salah tanpa rasa prejudis,dan jangan berkelakuan yang boleh menimbulkan rasa syak-wasangka terhadap org lain yang memerhatikan kita kerana ianya akan menimbulkan fitnah terhadap diri kita dan kesannya terhadap orang lain,hidup didunia yang fana memang begini dan jadikan islam sebagai landasan untuk kita menghadapi kehidupan seharian......marilah kita renungkan bersama

kujanviva said...

assalamualaikum kak, moga kita semua dpt pengajaran dari cerita wanita tersebut, nauzzubillahiminzalik, xda sapa yg sempurna kak, tp moga kita semua dpt menjaga diri masing2 dengan baik ameen!

Tisyabeequeen said...

Aku setuju dengan apa yang 'diana' katakan tu. Sememangnya untuk menjadi manusia yang cukup sempurna di mata mereka-mereka, bukannya sesuatu yang mudah dicapai. Dan kita kena jugak cerminkan diri kita seandainya ada yang tidak memuaskan hati mereka...bukan utk apa, tapi untuk jadikan titik tolak bagi kita maju kehadapan. Mungkin kita tersalah tengok atau tak sedar yang perbuatan kita juga menyakitkan hati dan mata mereka. Ya, tiada sapa yang memahami diri kita selain diri kita sendiri, kan? Aku pun, bukannya terbaik, terbagus...tapi aku tetap dgn cara aku. Aku pandang ke depan, tapi sesekali 'menoleh' kebelakang untuk tengok apa yang 'tertinggal'.