Tuesday, January 27, 2009

Kisah sedih..

Cuti Tahun Baru Cina yang panjang Januari 2009 ni, merupakan kejutan buat kami sekeluarga. nenek Hajjah Ainun Jamil, dimasukkan ke wad CRW (jantung) di HKL. Berbagai implikasi.. asalnya dia hanya mempunyai darah tinggi dan paru-paru dijangkiti kuman. Kini kedua buah pinggangnya tidak dapat beroperasi menyebabkan semua penyakit wujud. jantung dll. Ahad lalu, boleh dikatakan semua adik beradik, anak beranak, cucu dan cicit berada di HKL. Melihatkan keadaan, semua hati akan pilu. matanya hanya memandang ke atas. seharian dia tidak tidur, tidak lelapkan mata. Hari Isnin, dia ada bergerak tp kakinya menendang2, melawan ubat dan sakit. Sedih aku melihat.. dan air mata ini memang tidak tertahan setiap kali masuk ke wad itu. keadaannya yg tenat memilukan hati semua

Aku kesal kerana minggu lepas tidak melawat dia di rumah. Kalau tidak mungkin aku boleh memeluknya... Kini yang boleh aku lakukan hanya mengusap tangan dan mencium pp. Sedih hati bila terfikirkan semua ini.

Dialah ibu dan ayahku selepas kematian arwah atuk pd 1983. Dia mendidikku, memberi segala-galanya yang ku kehendaki. Tapi ada batasannya. Bila aku malas, dia sering memarahiku. Itulah pengajaran paling berharga. Masih kuingat, kerana kemalasan ku membantunya di dapur semasa kecil dulu aku pernah dihantukkan kepala ke dinding. asalnya aku telah menjatuhkan flask air. masa tu mmg aku rasa geram. tp hasilnya, aku kini rajin ke dapur. Aku ingin dia bangga denganku dan sememangnya kini dia bangga kerana aku rajin memasak.

Namun sebagai hambaNya, kita mesti redha dengan ketentuan Allah. Bagiku, sekiranya aku kehilangannya ibarat aku menjadi yatim piatu. Hanya aku berdoa agar Allah berkati dan permudahkan untuknya.

Wahai Pembaca sekalian, doakanlah agar nenekku Hajjah Ainun Jamil diampunkan dosanya dan diberkati Allah. Amin

6 comments:

Dda Ly said...

kak ct, sabar yea...mesti ade hikmah di sebalik dugaan-Nya...moga nenek diampunkan doa nya...:)

EynaDean said...

sabar kak....

Sidratul Muntaha said...

salam
sabar yerk kak
ujian dr Allah ni
ayu dulu pun dh merasa nenek pergi depan mata ayu sendiri
apapepun
ade hikmah sume ini

asrina said...

mmm...moga Allah beri kekuatan pada awak untuk menghadapinya. InsyaAllah

TisyaBeequeen said...

Bie, aku faham betapa ko sayangkan nenek ko. Sapa tak sayangkan family, kan? Takpelah, yg lepas tu jangan diungkit lagi. Bertawakal dan berserah pada Allah saja. Aku harap ko sentiasa beroleh bahagia disamping family ko yg ada ni, yang memerlukan ko.

ct said...

kita hanya mampu berdoa untuk dirinya.. Al-Fatihah