Wednesday, January 28, 2009

Quote from Hitler's Personal Diary

" I could have annihilated all the jews in the world, but i left someof them so you will know why i was killing them."

Tuesday, January 27, 2009

Kisah sedih..

Cuti Tahun Baru Cina yang panjang Januari 2009 ni, merupakan kejutan buat kami sekeluarga. nenek Hajjah Ainun Jamil, dimasukkan ke wad CRW (jantung) di HKL. Berbagai implikasi.. asalnya dia hanya mempunyai darah tinggi dan paru-paru dijangkiti kuman. Kini kedua buah pinggangnya tidak dapat beroperasi menyebabkan semua penyakit wujud. jantung dll. Ahad lalu, boleh dikatakan semua adik beradik, anak beranak, cucu dan cicit berada di HKL. Melihatkan keadaan, semua hati akan pilu. matanya hanya memandang ke atas. seharian dia tidak tidur, tidak lelapkan mata. Hari Isnin, dia ada bergerak tp kakinya menendang2, melawan ubat dan sakit. Sedih aku melihat.. dan air mata ini memang tidak tertahan setiap kali masuk ke wad itu. keadaannya yg tenat memilukan hati semua

Aku kesal kerana minggu lepas tidak melawat dia di rumah. Kalau tidak mungkin aku boleh memeluknya... Kini yang boleh aku lakukan hanya mengusap tangan dan mencium pp. Sedih hati bila terfikirkan semua ini.

Dialah ibu dan ayahku selepas kematian arwah atuk pd 1983. Dia mendidikku, memberi segala-galanya yang ku kehendaki. Tapi ada batasannya. Bila aku malas, dia sering memarahiku. Itulah pengajaran paling berharga. Masih kuingat, kerana kemalasan ku membantunya di dapur semasa kecil dulu aku pernah dihantukkan kepala ke dinding. asalnya aku telah menjatuhkan flask air. masa tu mmg aku rasa geram. tp hasilnya, aku kini rajin ke dapur. Aku ingin dia bangga denganku dan sememangnya kini dia bangga kerana aku rajin memasak.

Namun sebagai hambaNya, kita mesti redha dengan ketentuan Allah. Bagiku, sekiranya aku kehilangannya ibarat aku menjadi yatim piatu. Hanya aku berdoa agar Allah berkati dan permudahkan untuknya.

Wahai Pembaca sekalian, doakanlah agar nenekku Hajjah Ainun Jamil diampunkan dosanya dan diberkati Allah. Amin
Manusia sebenarnya tidak pernah rasa puas agaknya kan... dan kita semua adalah manusia ciptaan Allah. Dijadikan dari sumber yang sama, hanya diberikan sifat, perasaan, perangai, kerenah, akhlak, kelakuan, jenis yang berbeza.
Tetapi sebagai manusia, kita sendiri perlu menghadapi satu sama lain. nak tak nak, inilah yang perlu kita semua hadapi.
Mampukah kita hadapi, manusia yang sering menganggap diri mereka betul.. berada di landasan yang sempurna, terbagus. Bagi golongan seperti ini, banyak yang perlu kita sabar.. tetapi sampai bila? sampai bila agaknya?
Setiap apa yang orang lain buat, ada sahaja kutukan dan cemuhan serta sindiran dari mereka ini. ada sahaja yang tak betul, ada sahaja keburukannya. Malah kutukan dan cemuhan itu tiada hentinya, sentiasa bermain di mulut mereka. Lihat orang itu begini, beginilah kutukan, cemuhan dan sindiran mereka. lihat orang begitu, demikian pula kata-kata mereka. Sampai tidak ada satupun agaknya yang pernah memuaskan hati mereka. Ada sahaja protes dan tidak setuju....
Makhluk jenis apakah mereka ini... yg tidak pernah letih memperkatakan hal orang lain, mencari kesalahan orang lain, menyibukkan diri dalam hal orang lain. Perkara kecil, segera akan diperbesarkan. tidak pernah memikirkan perasaan orang lain... sebab merekalah yang terbaik, terbagus, berhemah, memiliki ilmu dunia dan akhirat. Ada sahaja cemuhan dan sindiran untuk menjatuhkan orang lain (walaupun dalam nada tertawa.. tetapi sinis sebenarnya). Aku sendiri tidak pasti bagaimana agaknya untuk aku puaskan hati semua orang.. apakah lagi yang perlu dilakukan supaya insan lain tidak mencari kesalahan kita.
Setahu aku (sebagai org yang kurang dalam ilmu akhirat), sebuah kisah di zaman Rasulullah saw. menyebutkan bahawa ada seorang wanita tua yang alim (sempurna ilmu dan segala2nya) tetapi setelah meninggal dunia, dia dimasukkan ke dalam neraka. Puncanya? Kerana mulutnya. Suka menyakiti insan lain.
Ya Allah! Jauhilah diriku dari semua ini. Dari kedengkian dan iri hati manusia yang tidak pernah puas. Dan lindungilah mulutku dari berkata hal-hal yang akan menyakiti insan lain.
Aku sendiri masih membimbing diri supaya jangan mudah melihat diri seseorang dari luaran, kerana luaran tidak membayangkan kebaikan. Sebaiknya dalaman kita sinarkan dengan kebaikan. Kita mulakan dengan melaksanakan amalan yang kecil tetapi istiqamah, bukan dengan hanya pandai berkata-kata tetapi kosong.

Thursday, January 15, 2009

Mummy, Eiman dah 3 bulan

"Mummy, saya dah pandai meniarap sekarang. Saya tak nakal lagi..."

Eli, eiman ni dah besar sikit mesti mcm kita... mulut mesti becok punya, tgk mulut eiman nak muncung dah tu. Mcm itulah mummy n ibu masa kecil hahaha. tp bila dah bersekolah, besar sikit jd pendiam. kemudian dah kahwin, hehe kita becok balik kan kan. mata sepet itu mcm kenal je hehehe. Eiman, cepat besar tau...

Wednesday, January 14, 2009

Jamuan Tengahari

Bro. kenyang sangat ni...

Macam biasa, heheh ambil gambar kontrol ayu je. kami bertiga telah menghabiskan satu jug air tembikai ni tauWajah adik-adik yg kekeyangan.. agus dan shafiz tarik nafas.. hembus..... hehehe Jannah control le Noor dan Ija, kekenyangan sangat le ni.. ija rileks je tu hehe
Tengahari 15 January 2009, satu pejabat aku dibelanja dengan makanan istimewa. 3 buah pajero untuk mengangkut staf dan partimer. Menunya ialah Kari kepala ikan, sotong tepung, udang tepung, kerabu mangga, ayam pandan, air tembikai, air sirap limau. wah mmg banyak sgt. Lepas makan je, ada yg x mampu nak bergerak. mana taknya perut dah penuh dengan ikan + sotong + udang + air + buah hehehe. apa-apapun kepada Hj Yusuf, terima kasih kerana belanja kami semua. Moga Allah berkati dan murahkan rezeki Tuan Haji. Amin...

Sunday, January 11, 2009

Cuba selami...

"Sepi hati terjadi lagi
mungkin sampai mati aku sepi
biar senyum hadir di hariku
namun ini hanya ada di bibir
di bibir saja

Aku ini yang bisa mengerti
walaupun yang lain mau mengerti
namun berat beban di hidupku
biarkan saja biar saja
hanya ku yang tahu

Sejarah cinta dan hidupku
penuh duri dan banyak ranjau
butuh kesabaran yang penuh
untuk tetap kuberdiri
oh! ada saatnya kubicara
bila hatiku t'lah bulat
sepanjang ku bisa atasi semua
aku tetap diam"

Apakah benar hati manusia adakalanya sebegini?
Siapakah yang dapat merasai semua ini?
Hanya dia sahaja yang mengerti... pemilik hati yang sepi

Friday, January 9, 2009

Tuesday, January 6, 2009

Pembukaan 2009

2009, menjelma beberapa hari yang lepas. Terasa amat singkat 'kisah' hidup ini, kerana banyak perkara yang masih belum aku selesaikan. Tapi sebagai insan yang lemah, mana yang termampu sahaja yang dapat aku lakukan. Aku bersyukur.
2008, bagiku tahun yang penuh cabaran. penuh rintangan dan pergolakan dalam hidup ini.... Namun aku harus sedar, bukan aku sahaja insan yang diuji Allah. Malah ada yang lebih dahsyat dari 'perjalanan' hidupku... cuma bentuk ujian itu berbeza. Sebanyak mana pun titisan air mata yang aku curahkan, lebih banyak lagi titisan air mata dr insan lain yang lebih 'kuat' dugaannya. Bersabarlah, wahai diriku....
Semoga di tahun baru ini, aku mohon agar hidupku lebih 'indah', lebih 'berisi', lebih 'dikasihi', dan aku menjadi hambaNya yang lebih mengingati dr mana asalku.

Thursday, January 1, 2009

Cute...

Wei ni anak sapa tah ni... Kepada ibu bapa anak-anak ni, maaf le terambil le pulak gambar bebudak ni.. Husband kata comel, aku kata cute.

Hari Terakhir - Tekam

Selamat Tinggal Tekam Plantation Resort... Terima kasih kerana melayan kami
Setelah puas bercuti 3 hari 2 malam, sampai masanya pulang ke KL. Bagi aku, biarlah anak-anak yang gembira sebab memang selayaknya family day untuk mereka. Walaupun ada 'peristiwa' yang berlaku malam sebelum ini tapi aku berpuas hati sebab dapat balik KL dgn selamat dan membawa pengalaman menarik. Apa yg berlaku jadikan pengajaran saja. Terima kasih semua... Jumpa lagi tahun depan. Mana agaknya ye???

Lawatan ke Gua Terang Bulan

Penat menunggu giliran, sampai terduduk Siti Ainin Sofea ni...

Kalau tak silap, ini pokok ketapang yang berusia beratus tahun.... uuuuu lama tu. (eh kalau salah tolong betulkan)

Semua dikehendaki menaiki bas yang disediakan

Dalam program family day ni, diselitkan satu lawatan ke Gua Terang Bulan. Terletak berdekatan Kota Gelangi kalau x silap aku. sebenarnya kat situ banyak gua, mungkin ini yang paling 'selamat' kot. masuk adalah percuma, tapi pastikan pakai kasut yang sesuai dan bawa lampu suluh...

Family day at Tekam Residence Resort 2008

Waktu petang aku sempat beriadah dgn bermain badminton dgn husband. kemudian nampak pelangi, seb hujan baru je lepas berhenti. ambil le gambar sekeping ni, walaupun x pro. tp suasana kg... menarik

Di hadapan deluxe chalet, tempat 'perlindungan' kami. ok le.. ada sebuah katil double dan 2 buah katil single. Rumahnya berkonsepkan felda, cuma telah di 'renovate' bagi memuaskan hati pelanggan.

Ini wajah-wajah dewasa yang tak sedar diri... nampak air lupa dunia huhuhu

Inilah yg mula-mula bermain dalam fikiran anak-anak, heehe mandi kolam. Tgklah muka masing-masing, sampai rentung dan terbakar. Tp kan sebenarnya, golongan dewasa pun gian main air ni... betul kan. Aku ngaku je
Tahun ini, division aku buat family day kt Tekam Plantation Resort... Ini antara kenangan manis yang dapat dikongsi bersama...