Sunday, October 11, 2009

Mencuba ...

lamBatnya Aku nI...

org lain dah lama dah guna...

aku masih mencuba...


Apa yg kucuba?

Inilah dia. sebenarnya dah lama teringin nak pakai, lgpun dgn ketinggian dan kecerahan aku rasa kalau pakai memang vogue le (suka hati nak puji diri sendiri). Tp apakan daya, ia tetap menjadi kelemahanku (kerugian sebenarnya).

aku x boleh berkasut tumit tinggi, apalagi kalau ianya halus. sah sah jatuh, digelakkan org le nanti. oleh itu aku ambil je langkah x nak mencuba untuk memakainya. sakit kaki satu hal.

tp entah mcmana raya baru ini, aku lalu di depan sebuah kedai. ternampak kasut tinggi ni.. yg aku suka seb tapak bawahnya besar dan bukan halus. tanpa berfikir panjang terus aku capai dan minta saiz 6. harganya amatlah berpatutan.. yelah kalau aku beli mahal kan rugi dan membazir. Jd beli sajalah yg sederhana.

bila kucuba.. wah seksi juga gitu haha. aku sibuk le mencuba di depan cermin, cara jalan yg sesuai. tp aduhai sakit gak kaki akuni. aku ambil jalan untuk menampal bah bawah kerana agak licin, almaklumlah kasut murah je. RM15 tampal sahaja...

harini aku cuba memakainya... tp dgn syarat xdelah nak jalan jauh. Husbnad seperti heran gak seb aku nak pakai kasut tinggi seb biasanya aku mmg mengeluh. tp pg ni dngan semangat mencuba hehe aku sarung. penampilan agak berbeza dgn mekap sedikit di wajah (hahaha menutup muka yg pucat dan tidak rata...). bila kusarung, hehe lebih tinggi dr husband. dia tgk je walaupun pelik gak..

cuma bila aku hendka berjalan jauh sikit, aduiii merah nya kakiku. satu seb murah, kalau hush puppies xde le kesan tu huhuh. kedua tumit tinggii.. jenuh aku jalandgn berhati2.

akhirnya ku sedar, aku hanya boleh memakai kasut ini dalma opis, dalam kereta, tidak berjalan jauh, g kenduri kendara... kaki oh kaki, xde can le mummy bergaya lebih
tapak kaki bermasalah... hehe biasa le. jgn intai lelebih
Inilah akibatnya.. kaki merah
Inilah.. bilalah agaknya boleh aku bergaya lebih dgn kasut tumit tinggi? Kepadanya pencipta kasut wanita, buatlah yg tumit tinggi besar sikit tapaknya. yg halus x dpt le aku cuba... tensen tol bila beli kasut susah nak cari yg sesuai. Untunglah ye sesiapa yg boleh menyarung apa sahaja jenis tumit tinggi

2 comments:

Cerita Cici said...

Tumit tinggi leh buat sakit belakang kak....elok jugak akak xleh pakai; elak dr sakit sebelum kena.....hehehe...

Mummy Ct said...

aah kan kan. sesekali je nak try