Monday, May 4, 2009

nostalgia Kg baru KL

Semalam semasa ym dengan my cousin, di ruangan gambarnya terkeluar gambar ini. amboi kenangan lama mengusik kalbu... aku segera meminta salinannya. untuk simpanan sendiri.
terus aku teringat zaman kanak-kanak kami di sebuah kampung yang begitu bermakna dan tiada gantinya. Jalan Raja Abdullah, Kg Baru Kuala Lumpur. Kalau x silap gambar ini diambil ketika kami berusia 6 dan 5 tahun. Kalau x silap aku le..seperti biasa aku yg suka sengih tu hehe berbaju merah.
bila difikirkan, tidak mungkin kita kembali ke zaman silam ini. Namun sebaiknya kita sedar dr mana asalnya diri, agar tidak pernah lupa akar umbi dan menjadikannya nasihat untuk anak-anak kelak. gambar mungkin sekitar 78-79. wah zaman bell bottom betul.

No comments: