Wednesday, February 11, 2009

Peristiwa sedih 2 Februari 2009

Ajal dan maut di tangan Allah. Kita sebagai hambaNya selayaknya redha dengan apa sahaja ketentuan yang ditakdirkan tanpa perlu rasa keluh kesah. demikianlah juga kehidupan ini...
Di ruangan ini, aku ingin nyatakan bahawa nenekku Hajjah Ainun Jamil yang telah sakit selama beberapa minggu telah pergi meninggalkan kami semua pada 2hb Februari 2009 jam 9.30 pagi dalam keadaan aman. Pemergiannya memang kami jangka kerana berbagai penyakit yang telah dihadapinya ekoran kedua buah pinggang tidak dapat berfungsi.
Aku terima semua kenyataan itu dengan pasrah. Hanya air mata yang dapat kutitiskan kerana sebagai orang Islam, kita dilarang meratap. Yang penting, aku doakan kesejahteraannya di sana.
Jenazah Nenek dimandikan di HKL. Aku, mama, makngah, mak itam, mak lang turut membantu 3 org ustazah memandikan mayat. Aku satu-satunya cucu perempuan yang hadir ketika itu. Dan ketika tiba saat mengkapankannya, giliran semua anak dan cucu untuk menkucup wajah terakhirnya. berkali-kali ku kucupi pipinya, sambil berdoa agar nenek ampuni dosaku. air mataku memang tidak dapat tertahan. Mama hanya mengusap belakangku supaya bersabar..
Jenazah dibawa ke Kg Nakhoda untuk ditatap oleh kali terakhir oleh cucu, cicit dan saudara mara yang hadir. Selepas asar, jenazah bersedia dibawa ke masjid. Dan semua anak-anak, cucu-cucu dan cicit-cicit diberi kesempatan mencium kali terakhir. bila lihat sahaja jumlah kami yg ramai, aku pasti nenek bangga kerana dia mempunyai cucu dan cicit yang ramai dr anaknya seramai 8 org. kesemua kami sayang kepada nenek. Selepas kukucup pipinya, aku terus keluar dan bersabar. aku hanya perhatikan pemergiannya dengan linangan air mata. Adikku, Eli turut teresak-esak kerana kami telah kehilangan atuk dahulu dan kini nenek tersayang.
Dr jauh, aku berdoa agar ALlah masukkan dia ke dalam syurga yang abadi.
"Nek, ct mohon ampun sekiranya ada banyak kesalahan ct selama ni terhadap nenek. mungkin dulu kadang2 t degil tetapi bukan niat untuk melakukan sedemikian. Tapi t tahu, nenek tahu yang t sayang kepada nenek. Kasih sayang nenek akan t pahatkan dan t akan ceritakan kebaikan nenek pada anak t nanti. Dan nek, jangan lupakan cicit nenek. Alief Imran Hamzah. Dialah cicit nenek yang terakhir, sblm nenek menutup mata meninggalkan kami. T doakan nenek selamat di alam yang baru di sana...." Amin

Al-Fatihah....

8 comments:

Eyna Shariff said...

Takziah dr Eyna skeluarga... Sabar ye kak...

Anonymous said...

al-fatihah buat nenda tersayang..

Tisyabeequeen said...

Salam bie.
Aku ucapkan takziah ye atas pemergian nenda tersayang. aku tau dari kecik ko mmg rapattt dgn arwah. Sabar dan doalah ye, agar rohnya dicucuri rahmat yang Esa. Sesungguhnya ada hikmah disebalik semua ni. Allah 'ambil balik' kepunyaanNya, dan kurniakan ko 'kepunyaanNya' yang satu sorang lagi tu. Aku tumpang sedih dan dalam masa yang sama, tumpang gembira atas nikmatNya pada ko skrg ni.

aries said...

Takziah dari saya..sabar ek..

Mummy Ct said...

terima kasih semua atas nasihat dan memberi kekuatan kepada saya..

cik_mimie said...

semoga roh arwah nenek akak dicucuri rahmat..
takziah

Unknown said...

Semoga akak & family tabah dengan dugaan dari Allah s.w.t.Semoga rohnya di tempatkan mulia di sisi Alalh s.w.t.

asrina said...

Innalillah... patutlah sunyi sepi selama semingguni...semoga Arwah tergolong dlm mereka yg beriman & beramal soleh, Amin. Kita yg hidupni bykkanlah sedekah bacaan al-Quran dan amalan bg meringankan azab mereka di alam sana..