Thursday, February 19, 2009

Pengubat Hati Papa dan Mummy

Anak mi dan pa ni memang suka mengeliat, berbagai bunyi yg keluar dan satu lagi kegemarannya, mengeluarkan lidah yang kecil itu. lapar ye...
Alief ketika berusia sehari
Penawar duka, pengubat kesedihan, pengarang jantung, tempat pa dan mi curahkan kasih sayang yang disimpan selama ini. Selamat datang anakku... Kami doakan dikau menjadi anak yg soleh, di bawah perlindungan Allah selalu dan dilimpahkan banyak keberkatan
Oh ye, namanya Alief Imran Hamzah. Namanya begitu sesuai dan seperti kena dengan arwah nenek dan atukku. A for Hajah Ainun dan I for Haji Ishak. Berat semasa lahir 3.13 kg. sihat alhamdulillah. Alief rupa parasnya buat masa ini lebih kepada suamiku... tp kulitnya sama dgn mummy.
Papa lah antara org yang paling cerewet hehe takut anak kena gigit nyamuk le, menangis le, lampin basah le, itulah inilah hehe. Mummy rileks je.. but I'm happy too.

2 comments:

Tisyabeequeen said...

Wah, tahniah Bie. Aku doakan kebahagian ko suami isteri bertambah harum dan mekar dengan kehadiran cahayamata pengarang jantung hati korang, Alief Imran. Semoga menjadi anak yg soleh suatu hari nanti.
Ucapan aku pada korang berdua 'SELAMAT DATANG KE ALAM TAK CUKUP TIDOQ' hehehehe.... dan 'SELAMAT DATANG KE ALAM SELALU AMBIK CUTI TAHUNAN'...HEHEHE

asrina said...

Alhamdulillah, tahniah.. diam2 yerr. So dlm pantanglah ni..Moga menjadi ibu yg solehah kpd anak yg soleh...AMINN