Tuesday, January 6, 2009

Pembukaan 2009

2009, menjelma beberapa hari yang lepas. Terasa amat singkat 'kisah' hidup ini, kerana banyak perkara yang masih belum aku selesaikan. Tapi sebagai insan yang lemah, mana yang termampu sahaja yang dapat aku lakukan. Aku bersyukur.
2008, bagiku tahun yang penuh cabaran. penuh rintangan dan pergolakan dalam hidup ini.... Namun aku harus sedar, bukan aku sahaja insan yang diuji Allah. Malah ada yang lebih dahsyat dari 'perjalanan' hidupku... cuma bentuk ujian itu berbeza. Sebanyak mana pun titisan air mata yang aku curahkan, lebih banyak lagi titisan air mata dr insan lain yang lebih 'kuat' dugaannya. Bersabarlah, wahai diriku....
Semoga di tahun baru ini, aku mohon agar hidupku lebih 'indah', lebih 'berisi', lebih 'dikasihi', dan aku menjadi hambaNya yang lebih mengingati dr mana asalku.

2 comments:

Eyna Shariff said...

insyaallah.... Aminnn....

asrina said...

Allah mendengar rintihan dari hamba-hambanya yang penting jgn jemu berdoa... InsyaAllah...