Tuesday, December 23, 2008

Kursus kesetiausahaan di Penang 2008

Aku dgn kawan sepejabat dihantar kursus ke Penang. Yang paling seronok lg sebab pakar motivasi, Dr. Fadzilah Kamsah turut bersama kami dalam program ini. Pasar Malam kt Batu Feringgi Penang ni happening tol...
Kawan-kawan dr bahagian yang lain...

Na, kita ni nak mula kursus dah tp sempat bergambar lg hehe

Zaman persekolahan

Di manalah agaknya semua kawan-kawan aku ni???
Tingkatan 2S1
Pengawas sekolah Rendah Jalan Raja Muda 1, Kg Baru KL (masa ni aku dalam darjah 6, 6H)

Darjah 1H, masa ni aku suka menangis bila diusik budak lelaki. aku sensitif, bila budak2 tolak mulalah aku 'melalak'. ada yg cakar tgn aku, ada yg tumbuk aku, jahat tol budak lelaki ni hehehe tp nasib baik aku ada abang sepupu yg jd pengawas masa tu. apalagi dia bg warning le kepada budak-budak ni.

Brunei Darussalam

sekitar tahun 2000, ada program di Brunei. Husband ku turut terlibat. Inilah minatnya...

Monday, December 22, 2008

hari pernikahan

3hb June 1995, aku dinikahkan dan hari berikutnya majlis kenduri kami. Inilah nenek yang selama ini menjaga aku dengan sebaiknya... mmm... cun x aku masa ni hehe umur baru 22 tau. (puji lg diri sendiri, hehe nasib tuan badan)

Manja...

aku mmg cucu yang manja dan suka main anak patung... maklumlah cucu sulung perempuan kepada keluarga Haji Ishak dan Hajjah Ainun. Mmg manja, tp aku x gunakan itu jadi cucu yang mengada-ngada. Please le... org budak baik tau.. huhuhu

zaman kanak-kanak

Gambar baby, baru lahir... 1972
Bila balik JB, aku jumpa gambar2 lama milik husband. Terus aku minta izin dan simpan sebagai kenangan kami. Sebelum hilang dan pupus, baik aku scan dan tontonkan utk kami dan semua

Termenung kt tangga, tunggu mak balik dr Klinik Desa.

Tembam tak hehe nak dokong le tu ye...

HT zaman dahulu


husband aku mmg minat alat-alat mcm ni, almaklumlah. ini antara koleksi dia masa kami mula kahwin tahun 95 dulu

Monday, December 15, 2008

hepi bday apis

13 Dec lalu, mama call aku. masa tu tgh sibuk mencuci kipas atas sampai tak dengar mama call. tgn dah le kotor. rupa-2nya mama nak beritahu 14 dec, dia nak buat makan-makan. apalagi, aku on je. xyah masak le hari ahad esok hehe. pastu pg ahad baru aku ingat... Ya Allah! 14 dec birthday apis le. sori le brother, kak ct terlupa. selamat hari jadi ke 24.. dan pertanyaan kak ct mcm biasa, bila ni nak tamatkan zaman bujang. awek dah ada tu.... apa-apa pun semoga hidup apis diberkati hendaknya. Amin...
Ni mama aku, org yang paling sibuk sekali. Puan Maslian Haji Ishak Ni lak pasangan mana tah, sibuk nak masuk gak dalam "kamera' aku ni hehehe. Eiman rileks je dalam pelukan mummy, ngantuk katanya dpt tilam empuk
Ni pula ayah dan my cousin. Alah pis, malu ke nak potong kek tu...
La.. ada gak yg menyebuk hehehe. Ayah sengih je.. (dalam hati agaknya hai budak ni dah beso pun x berubah perangai cam budak kecil) huhuhu
Baju purple ni apalagi awek adik aku ni le. Cuma gambar adik aku yg Eli n husbandnya xdelak dalam ini cerita. Itulah sapa suruh lambat.. Yang makcik ni, mak ngah aku. Kakak mama...
Macam-mcm mama masak. laksa, nasi impit, rendang daging, rojak. ada kek, karipap dan popia. Mama masak memang de best le... Masa nak balik, mama terus ckp: "Mzah dah kurus sekarang." Adui.. kembang le muka husband aku. Ni yg x patut ni, aku nak kurus dia lak lelebih. Takpe, mummy akan teruskan berjoging.. chaiyok

Penyatuan dua jiwa

Bila aku ambil gambar ni, my husband terus terkezut. heheh gelapnya tgn abg, kata dia hehehe. mestilah mummy kan keturunan cina + penang... Tp tak kisah le, sebab lelaki idamanku memang yang berkulit 'gelap' tp janganlah rentung beno hehehe. ni pun dah kontra sgt-sgt. Jangan mare ye my honey.... Inilah namanya penyatuan 2 jiwa, 2 warna
Wei, cantik tak cincin perak kami ni? ok nak dijadikan cerita, masa di Jonker Town kami merayau sakan ke rumah-rumah lama di situ. tup-tup kami jumpa kedai 'perak' milik uncle Cina berketurunan Baba Nyonya. Hand made... Mak uncle ni lebih kurang sebaya nenek aku, 82 tahun tp bahasa Melayu dasat. Petah mcm org kampung kita sendiri.

Sunday, December 14, 2008

Kat melaka ni, pbt mmg suka beno nak menyaman orang kalau tak bayar parking. Oleh itu, masa aku sampai je hotel pihak hotel dah suruh aku beli pass harian. alah baru rm5 dr kena saman rm50. kt mana-mana boleh beli..

Hari terakhir kami check out dan sempat le jalan2 lg kt Jonker Town... Nak naik beca, tak menyempat le pulak. tapi.. aku puas hati sebab dapat bercuti. Mengeratkan hubungan suami isteri... betul betul betul

asam pedas melaka

Akhirnya, selepas puas seharian pusing Melaka sambil mencari kedai asam pedas Melaka, jumpa jugalah. kedai ni buka waktu malam. masakannya mmg asam pedas melaka + lada hitam. terangkat le. berpeluh.... harga lebih murah dr kedai asam pedas kampung kt depan dataran pahlawan. yg di dataran tu lebih kurang asam pedas Johor. di sini, kita boleh pilih ikan apa nak masak. aku pilih jenahak kecil, harga dalam RM14 siap masak. ok le tu. Lega, dapat juga cari kedai ni. Kemudian husband pun setkan GPS dia, 'Asam Pedas Power'. hehehehe

cuti-cuti at Melaka

Program kami diteruskan sehingga ke waktu malam.. sebenarnya aku mmg nak sgt naik bas 2 tingkat ni. Husband aku 'bising' gak hehe seb dia kata masa g London dia x sibuk pun nak naik bas ni. aaaa x kira nak naik gak hehehe. dilayan je le aku ni, kang merajuk lak hehehe. (eh ye ke aku ni kuat merajuk... xdelah) tiketnya rm5 seorang. tp kalau nak naik, waktu malam ada waktu yang terbaik sebab x panas dan ok le

ulangtahun ke 13

Ulang tahun ke13.. mmm.. dah lama sebenarnya. terlebih tarikh dah ni. tp sebenarnya dah lama kami tak bercuti 'berdua'. so kebetulan time raya korban haritu ada cuti yg agak panjang. Aku ambil peluang plan semua ni... walaupun kantoi gak hehehe. sebenarnya susah le nak ajak husband g cuti, busy manjang. tp sebab aku yang belanja hehe kenalah dia pergi jugak. Gambar-gambar ni merupakan hari pertama kami di Melaka Bandaraya Bersejarah.

Queenspark hotel, Melaka



Hari tu, kami bercuti ke Melaka. Nak cari budget hotel. Tp hotel ni not bad. ok le juga, siap dgn sarapan. Bg aku, ni pun dah ok. janji selesa dan bersih. ada aircond n dpt breakfast for 2. kalau sesiapa nak ke Melaka, boleh lah menginap di sini. City park hotel pun ok, kedudukan keduanya berdekatan. Di Melaka Raya

Ceria...

Ceria betul le anak-anak ni kalau disuruh bergambar... mcm2 gaya kalau boleh. Tapi yang penting, tanda 'peace' tu tetap ada... lambang keamanan. pastu tetiba lak si Dania tunjuk jari 1 je, hehehe nak susu sebotol ...

Studio kecil

nampak tak kotak empat segi sebelah kanan gambar ni, sebelah HP? Itulah soundcard Presonus (firebox). aku pun tak tahu untuk apa hehe. Flat screen ni pula jenis Dell 17 inci. Kotak hitam sebelah speaker (alah sebelah kiri batu bata tu.. habis buka rahsia batu jd stand hehe) ialah external hard disk - western digital 500 gig. Speaker yang ada tu jenis Yamaha MSP-3. Manakala stand untuk speaker tu, guna batu ladung je. alah beli je kat kedai hardware.. senang cerita


Yang ni pula, flat screen Samsung 22 inci. kotak empat segi yang banyak button tu namanya mixer - Behringer 802. untuk aku pula, externak hardisk - samsung 40 gig, Scanner mira dan printer canon LBP2900. Alhamdulillah... boleh le aku buat kerja Layout Setting buku aku tu

My husband mmg dah lama 'berniat' nak adakan studio kecil di rumah kami. perlahan-lahan dia beli sikit2 brg yg diperlukan... dan bilik kecil kami menjadi pilihannya. skrg dia sibuk mixing album sebuah kumpulan. elok juga, sekurg2nya dia ada di rumah.... setiap malam aku kena sediakan teh O panas satu flask, upah utk dia bekerja sampai lewat malam. (Aku kan isteri yang rajin dan penyayang hehehehe puji diri sendiri le).