Thursday, December 11, 2008


Wanita,
Golongan Hawa yang dijadikan bersifat penyayang
Mempunyai perasaan yang lembut dan pengasih
Ciptaan Tuhan yang Maha Indah untuk hambaNya

Wanita,
Dalam mencari teman kita perlu berhati-hati
ada yang boleh dipercayai, ada yang perlu kita sangsi
Ada yang suka bermanis di mulut, tetapi di belakang mencemuh diri
Ada yang menggunakan kata-katanya untuk menyindir insan lain
Malah ada yang menggunakan 'kuasa' yang dimiliki untuk mempengaruhi

Tahniah kepada kaum Hawa yang berjaya menjatuhkan temannya sendiri
Sama ada dengan lisan atau perbuatan
Walaupun bagimu ia satu perkara kecil, yang tidak mungkin insan lain ambil hati
Tetapi ingatlah, ada insan yang hatinya 'kecil'
Sekiranya irihati, usahlah menggangu. Lakukanlah kerjamu sendiri
Bukankah itu lebih baik dari menyakiti?

Wanita,
Usah risau jika dirimu keseorangan, tanpa teman di sisi
Usah pedulikan kata-kata insan lain yang tidak mengerti
Lebih baik kau berdiam diri
Lebih baik untuk kau insafi diri sendiri
Malah lebih baik kita bersedia utk keseorangan, kerana kelak
Di dalam sana, kita tetap akan keseorangan
Tanpa teman di sisi

Buat semua teman,
Jika aku bersikap sebegini, maafkan diriku ini
Dari hujung rambut ke hujung jari kaki

1 comment:

the name is Illi Ainaa said...
This comment has been removed by the author.