Tuesday, December 23, 2008
Kursus kesetiausahaan di Penang 2008
Aku dgn kawan sepejabat dihantar kursus ke Penang. Yang paling seronok lg sebab pakar motivasi, Dr. Fadzilah Kamsah turut bersama kami dalam program ini. Pasar Malam kt Batu Feringgi Penang ni happening tol...

Kawan-kawan dr bahagian yang lain...
Zaman persekolahan
Monday, December 22, 2008
hari pernikahan
Manja...
HT zaman dahulu
Monday, December 15, 2008
hepi bday apis
13 Dec lalu, mama call aku. masa tu tgh sibuk mencuci kipas atas sampai tak dengar mama call. tgn dah le kotor. rupa-2nya mama nak beritahu 14 dec, dia nak buat makan-makan. apalagi, aku on je. xyah masak le hari ahad esok hehe. pastu pg ahad baru aku ingat... Ya Allah! 14 dec birthday apis le. sori le brother, kak ct terlupa. selamat hari jadi ke 24.. dan pertanyaan kak ct mcm biasa, bila ni nak tamatkan zaman bujang. awek dah ada tu.... apa-apa pun semoga hidup apis diberkati hendaknya. Amin...
Ni mama aku, org yang paling sibuk sekali. Puan Maslian Haji Ishak
Ni lak pasangan mana tah, sibuk nak masuk gak dalam "kamera' aku ni hehehe. Eiman rileks je dalam pelukan mummy, ngantuk katanya dpt tilam empuk
Ni pula ayah dan my cousin. Alah pis, malu ke nak potong kek tu...
La.. ada gak yg menyebuk hehehe. Ayah sengih je.. (dalam hati agaknya hai budak ni dah beso pun x berubah perangai cam budak kecil) huhuhu
Baju purple ni apalagi awek adik aku ni le. Cuma gambar adik aku yg Eli n husbandnya xdelak dalam ini cerita. Itulah sapa suruh lambat.. Yang makcik ni, mak ngah aku. Kakak mama...
Macam-mcm mama masak. laksa, nasi impit, rendang daging, rojak. ada kek, karipap dan popia. Mama masak memang de best le... Masa nak balik, mama terus ckp: "Mzah dah kurus sekarang." Adui.. kembang le muka husband aku. Ni yg x patut ni, aku nak kurus dia lak lelebih. Takpe, mummy akan teruskan berjoging.. chaiyok








Penyatuan dua jiwa
Bila aku ambil gambar ni, my husband terus terkezut. heheh gelapnya tgn abg, kata dia hehehe. mestilah mummy kan keturunan cina + penang... Tp tak kisah le, sebab lelaki idamanku memang yang berkulit 'gelap' tp janganlah rentung beno hehehe. ni pun dah kontra sgt-sgt. Jangan mare ye my honey.... Inilah namanya penyatuan 2 jiwa, 2 warna
Wei, cantik tak cincin perak kami ni? ok nak dijadikan cerita, masa di Jonker Town kami merayau sakan ke rumah-rumah lama di situ. tup-tup kami jumpa kedai 'perak' milik uncle Cina berketurunan Baba Nyonya. Hand made... Mak uncle ni lebih kurang sebaya nenek aku, 82 tahun tp bahasa Melayu dasat. Petah mcm org kampung kita sendiri.


Sunday, December 14, 2008
asam pedas melaka
Akhirnya, selepas puas seharian pusing Melaka sambil mencari kedai asam pedas Melaka, jumpa jugalah. kedai ni buka waktu malam. masakannya mmg asam pedas melaka + lada hitam. terangkat le. berpeluh.... harga lebih murah dr kedai asam pedas kampung kt depan dataran pahlawan. yg di dataran tu lebih kurang asam pedas Johor. di sini, kita boleh pilih ikan apa nak masak. aku pilih jenahak kecil, harga dalam RM14 siap masak. ok le tu. Lega, dapat juga cari kedai ni. Kemudian husband pun setkan GPS dia, 'Asam Pedas Power'. hehehehe


cuti-cuti at Melaka



ulangtahun ke 13




Queenspark hotel, Melaka




Hari tu, kami bercuti ke Melaka. Nak cari budget hotel. Tp hotel ni not bad. ok le juga, siap dgn sarapan. Bg aku, ni pun dah ok. janji selesa dan bersih. ada aircond n dpt breakfast for 2. kalau sesiapa nak ke Melaka, boleh lah menginap di sini. City park hotel pun ok, kedudukan keduanya berdekatan. Di Melaka Raya
Studio kecil
nampak tak kotak empat segi sebelah kanan gambar ni, sebelah HP? Itulah soundcard Presonus (firebox). aku pun tak tahu untuk apa hehe. Flat screen ni pula jenis Dell 17 inci. Kotak hitam sebelah speaker (alah sebelah kiri batu bata tu.. habis buka rahsia batu jd stand hehe) ialah external hard disk - western digital 500 gig. Speaker yang ada tu jenis Yamaha MSP-3. Manakala stand untuk speaker tu, guna batu ladung je. alah beli je kat kedai hardware.. senang cerita

Yang ni pula, flat screen Samsung 22 inci. kotak empat segi yang banyak button tu namanya mixer - Behringer 802. untuk aku pula, externak hardisk - samsung 40 gig, Scanner mira dan printer canon LBP2900. Alhamdulillah... boleh le aku buat kerja Layout Setting buku aku tu




My husband mmg dah lama 'berniat' nak adakan studio kecil di rumah kami. perlahan-lahan dia beli sikit2 brg yg diperlukan... dan bilik kecil kami menjadi pilihannya. skrg dia sibuk mixing album sebuah kumpulan. elok juga, sekurg2nya dia ada di rumah.... setiap malam aku kena sediakan teh O panas satu flask, upah utk dia bekerja sampai lewat malam. (Aku kan isteri yang rajin dan penyayang hehehehe puji diri sendiri le).

Yang ni pula, flat screen Samsung 22 inci. kotak empat segi yang banyak button tu namanya mixer - Behringer 802. untuk aku pula, externak hardisk - samsung 40 gig, Scanner mira dan printer canon LBP2900. Alhamdulillah... boleh le aku buat kerja Layout Setting buku aku tu





Subscribe to:
Posts (Atom)