Saturday, November 21, 2009

Tugas, pengorbanan ...

Hi hi hi.. lama juga aku x update. bkn tidak ada cerita, tetapi di penghujung tahun ni banyak sgt yg perlu disettlekan... kebetulan last week aku ke UMK, Kelantan kerana tugas rasmi selama 2 tahun, sekretariat utk mesyuarat pengarah pembangunan IPTA. Namun pemergian itu merupakan kali terakhir untuk kami menyertai mesyuarat tersebut. berilah peluang pula kepada universiti tempatan yg lain melibatkan diri. Apa yg kuperolehi dan faedah yg ku dpt? sudah semestinya berjalan jauh keluar dr pejabat (mmg ada yg tidak puas hati seb kami ke sana ke mari, tp rezeki memasing. x faham betul le kt org yg asik x puas hati dgn org lain. buat keje sendiri lg berfaedah hehe), kemudian pengalaman bersama org atasan. dr luaran nampak serius tp mereka semua sporting giler. Tugas-tugas yg perlu dibuat dsbgainya. Bagi aku, mmg begitu bersyukur kerana diberikan peluang ini.

Oh ye, UMK merupakan antara tuan rumah yg terbaik bg aku selama 2 tahun ini. bukan mudah untuk menjadi tuan rumah, caturan mesti betul, masa mesti tepat, tmpt juga sesuatu yg penting. Ke mana sahaja mereka sedia membantu, dengan perkhidmatan bas baru lagi. staffnya mmeang baik, begitu juga dgn Pengarahnya.. Tuan Haji Kahadi. Terima kasih UMK..

Balik dr Kelantan (UMK), aku kena kursus. Appreciation ceremony for liaision officer.. ayatnya bukan main sedap lg hehe nak jaga hati. tp alhamdulillah semua ini tanggungjawab untuk aku selesaikan. 4 hari aku tidak ke pejabat, hari kelima barulah berkesempatan. Kerja yang banyak sudah semestinya, tp kita kalau banyak keje pun buat sajalah. dah tugasan... kalau asik nak membebel kerja banyak, org lain pun sama. yg penting, buat jeeeeeeee. Bak kata seorang senior, jgn asik merungut kalau keje banyak seb keje setiap org berbeza satu sama lain. org pun x suka sebenarnya kalau dgr kita sik merungut bab benda yg sama. Betul juga.. kalau buat keje slow, takde perancangan apa yg nak dibuat atau benda lain lak yg dibuat, mmg le x siap2. Pulun ni...

Tetapi semasa ke Kelntan, Alief aku terpaksa tinggalkan dgn my mom. pg2 lg aku dah hantar. dah puas peluk cium, husband hantar aku KL sentral. mcm biasa, aku tidak suka menunjukkan kesedihan di hdapan mak atau Alief sendiri. apalagi dlm kereta hehe meleleh. laaaaa.. husbandku tanya nape lak menangis, kan mak yg jaga. aku siap pesan "nanti tgk2lah Alief tau... sob sob sob".. ehehe mummy nya sensitif. dpn anak x boleh tunjuk over... Di Kelantan hari2 aku call mak tanya apa anakku buat, sihat ke dan tidur ke hehehe.. mak kata jgn risau, keje le dulu.

balik saja pd hari ketiga, sampai di KL sentral husband dah tunggu dgn alief. wah kena gomol le alief dgn mummy. papanya aku idak le heran beno huhuhu buat masa tu le. yg pelik bila aku peluk alief, meleleh lg air mata ni ish ish. mummy terharu... nampak alief mcm dah besar lak. sepanjang perjalanan balik ke rumah kami, papa beritahu yg dia mmg x jenguk langsung alief sepanjang aku tiada. Nape? rupanya dia kata, dia takut dia sedih lak kena tinggalkan anak. yelah bila lepas jenguk anak, dia nak balik. mesti alief nak ikut, tu yg dia x tahan.. alahai papa pun sensitif ekkkk. papa kata masa dia ambil alief tu utk jemput aku, sampai je di dpn pintu rumah mak alief pandang dia. pastu alief terus lari dlm walker dia dgn muka yg satu mcm. terus minta dukung. bila husband dukung, dia peluk seolah2 xnak lepaskan. kesian lak aku dgr, meleleh lg air mataku ini...

sabarlah ye sayang, tahun dpn mummy xde ke mana-mana dah. kalau ada pun program pejabat je. Alief yg semakin besar ini sudah memahami erti 'kena tinggal'... Terima kasih kepada mak yg menjaga Alief selama ini.... moga Allah yg balas semuanya.

No comments: