Wednesday, June 17, 2009

bapa borek anak rintik

Khusyuk anak mummy tidur.. tgk tu kesan gigitan nyamuk. part ni memang sama je dgn mummy, pantang kena gigitan nyamuk merahnya bukan main. nasib baik nenek letak ubat gamat but but. berkesan.. kalau x, papa tu bising je nanti. anak dia merah sana sini... Alief x nak bangun lg ke, pampers dah tukar ni. Berkerut dahi bila tidur, fikir apa ni...
Tgklah papa dengan anaknya tidur, masing-masing tak sedarkan diri tu hehehe. sorang terlentang, sorg senget. sama je... cuma yg membezakan sorg anak 'org putih', sorg anak 'org itam' huhuhu. Kalau tambah mummy, kita menang lah Alief... Alief kalau nak pusing bukan dia kira siapapun di sebelahnya, mmg ditolak lah. dengan papa, dia x mampu buat mcm tu.. Big GIANT le mummy... tp dengan mummy, kita mengalah je lah. Sayangkan anak hehehe
Aku paling suka bau Alief bangun dr tidur terutamanya di bahagian kepala, leher, pipi. memang itulah yg kita cari dulu.. walau busyuk tp itulah ubatnya. padahal kt mulut tu penuh karat air liur susu hehehe.
Mummy baru je tukar susu soya ke susu lembu utk Alief, lgpun bulan depan dah nak masuk enam bulan. Dah boleh makan bubur, nestum... Harap2 sesuai le dengan perut dan 'selera' si Alief

2 comments:

Cerita Cici said...

bau ashem ashem tu yg mahal tu kan akak...hehehe...

ct said...

yelah ci heeh setuju sgt