Wednesday, May 20, 2009

Dah lama ye x update blog ni... baru balik dr Sarawak, kerana menjadi sekretariat untuk Mesyuarat Pengarah Pembangunan IPTA. Sebelum tu Taman Negara untuk program Team Building. Minggu lepas insya Allah program Total Health Awareness di Awana Genting Highlands. Memang busy sangat le bulan ni, closing for internal audit pun baru je selesai. Lepas ni alamak, mengadap SIRIM pulak.
Alief anak tembam mummy ni pun dah beberapa kali ditinggalkan dalam bulan Mei ni saja. Takpe buah hati mummy, mummy g kerja tau. Lagipun mummy bagi 'can' kat papa jaga anak dia hehehe menggelebah ke tak. Terima kasih le pada "mak Teh' Alief yg sudi turun dr Pasir Gudang semata2 untuk membantu kami menjaga Alief semasa mummy xde.
Oh ye, pada Hari Ibu yg lepas... aku dapat apa ye???? hehehe itupun jenuh aku paksa husband 'lafazkan ucapan' utk aku (muka x malu).. maklumlah husband mmg bukan romantik langsung bab ni. dah kena paksa, barulah dia ucapkan. Itupun buat muka mcm mengantuk je huhuhu. Tapi apa2 pun terima kasih yg dpt aku ucapkan dan kepada semua para ibu yang membaca blog aku ni, aku rasa belum terlambat kan... Selamat hari Ibu semua!!

No comments: