Wednesday, April 22, 2009

Selamat Hari Jadi ke 36, papa mjah

Tiba-tiba petang ni aku teringat. Hari jadi husbandku 29 March yg lalu.. sememangnya aku tidak pernah terlepas untuk menghadiahkan sesuatu mengikut kemampuanku dan yang penting dia pun suka. Malah aku sempat menyusun 'sebaris' kata-kata untuk hari jadinya itu hehehe. Tapi biasanya hadiah tu awal lagi aku dah berikan.. tahun ni aku belikan baju warna hitam putih dan nampaknya dia suka. Terima kasih kerana menghargai 'hadiah kecil' ini. Bagiku, kalau nak berikan sesuatu biarlah sesuatu yang boleh digunakan. bukan dibuang atau tak ada maknanya le kan. Oh ye tiada majlis apapun sebab Alief pun masih kecil. kebetulan nombor tarikh lahir papa dan alief lebih kurang 28 dan 29 hehehe. Apapun mummy ucapkan all d best utk papa. Moga Allah yang Maha Esa menurunkan hujan rahmat buat famili kita dan papa, jangan sesekali lupa padaNya. Tanpa diriNya, tiada le papa, mummy dan Alief. Ya zauji, ya habibi....

No comments: