Friday, March 6, 2009

Mimpi - apakah di sebaliknya

Pagi ini jam 5.30 tiba-tiba aku dikejutkan oleh husband. rupa-rupanya aku menangis ketika tidur, mengalahkan tangisan seorang bayi kerana begitu banyak air mata yang kucucurkan. Kemudian husband mula bertanya, awak nape T? aku diam seketika, cuba memikirkan adakah benar aku berada di alam nyata atau masih dalam alam mimpi? Agak lama, baru aku bersuara: 'T mimpi nenek."
Memang benar, aku mimpi bertemunya. Begini ceritanya: "Dalam sebuah rumah yang besar, ada ramai orang dan saudara maraku termasuk adikku Eli dan Razlan suaminya. Tiba-tiba kami duduk di satu sudut. di situ ada mama, makngah, nenek dan aku sendiri. kami seperti biasa sahaja. Aku memandang wajah nenek, dia senyum dan tiba-tiba kelihatan ada air mata yang keluar dr kedua belah matanya. Lantas kutanyakan kepadanya. "Nenek, kenapa?" Dia menjawab: "Nenek rindu." Kuterus peluknya dengan erat. Rupa-rupanya aku menangis dengan begitu kuat dan sedu sedan. Suamiku mengejutkan dan tika terjaga itu kurasakan seperti amat merindui nenek. Teramat sgt. Ingin benar aku memeluknya seperti mana yang aku rasai dalam mimpi tersebut. Nenek, T juga merindui nenek... Kalaulah nenek masih hidup lagi...
Al-Fatihah buat Hajjah Ainun Jamil... Al Fatihah

No comments: