Tuesday, December 21, 2010

kasih sayang....

i love you
you love me
were a happy family
with a great big hug
and a kiss from me to you
wont you say you love me too
i love you


you love me
we are friends like friends should be with a great big hug and
a kiss from me to you
wont you say you love me too

anakanda beta suka sgt lagu ni, seb dari kecil dr kami buat sama2. siap dgn gaya dan kebetulan di Alim Kids juga ada lagu ni. Untuk tatapan semua.. marilah kita nyanyi ramai2 lalalala

Monday, June 21, 2010

Hari Papa...

salam hari isnin untuk semua... 21 Jun 2010. Bosannya kalau fikirkan hari isnin ni, budak dah mula sekolah. of course jalan dah mula le sesak, sampai kena keluar awal walaupun opis bukannya jauh kt mana.
semalam kebetulan jatuhnya Hari Bapa, Hari Papa, hari Daddy, Hari Ayah, Hari Abah etc.. pagi2 dah ckp kt papa jgn lupa harini hari awak. apa awak nak, just ckp je. sekelip mata saya bg huhuhu tp limited edition. Ckp besar, nasib hsuband x minta kasut timberland ke (kesukaannya). destinasi kami ke wangsa walk... yg kelakarnya jalan punya jalan aku lak yg terbeli baju (untuk majlis apis sabtu dpn kt titiwangsa).. aik papa kata siapa yg sebenarnya sambut ni. hehehe. Tp papa yg cerewet akhirnya x beli apa2pun, budget mummy pun rendah je kan kan. kami singgah di Domino dan take away sebungkus plastik utk 3 org.
hasilnya inilah juadah untuk kami sambut hari Papa.. tp Alief setiap hari x pernah jemu panggil Papa, papa, papa.. even buka mata terus sebut nama papa. nama mummy tenggelam terus... apa nak buat, anak papa.

Yummy, aku mmg suka domino. kami tidak berapa gemar pizza hut, kalau yg ni bole habis le.

Bawah ni gambar budak yg dah kenyang, tayang bdn yg gagah. heheh mcm2 (nasib x letak gambar papa yg buat aksi sama mcm anak kesayangan dia ni)

Tuesday, June 8, 2010

Handy Manny

Kerana minat pd siri kartun Mexico 'Handy Manny', papa belikan main yg sesuai dan sama sepertinya kt The Curve.. lengkap dgn spanar, nut, skru driver, gergaji etc... alkisahnya papa belikan masa mummy g kursus BTN. wah wah mummy xde sakan depa jalan2 cuci mata.
oh ye semasa BTN di Meru, Klang alief kena tinggal sudah semestinya. tak lama pun aku kursus 3 hari 2 malam, berbanding biasa 5 hari 4 malam. tp rasa mcm seminggu hehehe, tiada langsung contact dgn dunia luar malah hp diambil mereka. malam pertama alief tidur dgn papa. malam kedua, alief kena tidur dgn nenek dan atuk kerana papa ada rehearsal kt rtm. cuma, bila hari mula gelap alief dah gelisah mak kata. akhirnya, alief menangis menjerit 'papa, papa' tanpa henti. mak pun dah rasa mcm nak menangis sekali seb x tahu nk buat apa. sebenarnya, dia dah pandai seb dah tahu sepatutnya masa ni dia kena balik rumah, tp kenapa x balik2 lg. akhirnya, mak call husband "Hamzah, anak ko ni dah menangis jerit2...." Husband terus x keruan.. lantas: "Yelah mak, kita balik ni." Sayangkan anak, papa sanggup balik masa tu juga.. tinggalkan latihan. nasib kwn2 dia memahami. selepas ambil terus hubsnad bawa g Giant, pusing2... mmm susah le nak tinggalkan dia lepas ni.
Dgn alat mainan baru ni, mulalah nak baiki kereta dia tu le hehe tunggang terbalik dibuatnya kereta tu. biarla.. jgn dia kacau brg lain sudah






Friday, May 14, 2010

Ibu, bukankah hari-hari hari ibu

sana sini org sibuk menyatakan 9hb adalah hari ibu.. utk semua kaum ibu di dunia. akupun termasuk dalam golongan ini, alhamdulillah.
sebenarnya x banyak yg aku nak harapkan sgt pd hari ibu seb kerja kita hari2 tetap mcm biasa, sibuk... hari ibu pun sibuk. mana taknya, hehe aku sibuk masak laksa penang. kesukaanku.. dan husband. manakala utk alief, aku masakkan nasi putih lembut dan sup sayur campur+suhun. sukanya dia..
tp kan, sehari sblm tu husband rupanya nak tunjuk dia mmg pandai masak. masak keli goreng kicap katanya wah wah siap surh aku rasa ni. sedap sedap.. katanya x nak tunjuk skill lelebih nanti asik kena suruh masak je hehehe. alah tolong angkat kain dan jaga anak pun ok, oh ye satu lg tolong cuci kipas siling dgn dapur cantik saya pun ok (hehe mmg dapur aku malas nak cuci, hsuband rajin nak cuci skrg).
Bila tanya pada papa, mana hadiah utk mummy. Papa panggil, "Alief, kiss ur mummy ni..." huhuhu aparah punya papa. apapun terima kasih kepada keduanya... walaupun tanpa hadiah aku tahu mereka berdua menyayangi dan menyanjungi pengorbanan ku sebagai ibu, isteri dan setiausaha rumahtangga kami.
'WEI, SELAMAT HARI IBU SEMUA...'

Sunday, April 25, 2010

Doa Selamat di Tmn Megah Kajang

Me, Ina, Ija n Eli
Ada majlis harijadi utk mak kepada makitam aku.. alief takut2 lak nak pakai topi ni hheehe geram papa tgk

lama tak ambil gambar bertiga.... ish aku ni pakai baju ni mcm pregnant le pula huhuhuh

lovely chubby...
Dgn anak memasing, alief dlm proses nak turun bwh. x bole le nak pegang lama2.. tgklah gambar makin lama nampak piut gebu dia
Majlis Doa Selamat diadakan di Taman Megah, rumah Pak Itam dan Mak Itam kami... Biasa le bila berkumpul dgn anak masing2 riuh beno. Ada sepupu yg bawa awek le, ada yg bawa bakal bini le... Alief mantain kelasakannya, mana tak x bole duduk diam. mulut x bising tp kaki laju berlari. pastu join eiman, abg iman dgn kak wawa main ranting sambil ketuk2 pasir bukit. kontraktor alaf baru hehe. aku perati je.. siap lepas ni kena mandi. kejap dia masuk dlm rumah, naik atas tangga le pula. pastu bila org nak baca yasin, dia nak duduk tgh2 bukannya apa, ada makanan yg bole dijdikan mainan. duduk luar, mula le main paip air.. nak g main kt jalan raya. nasib2 le uncle2 tolong dukung...
ramai lagi cousin yg dtg tp x sempat nak ambil gambar,
masa tu kamera dlm beg. ni dah di hujung majlis.. baru le bergambar sedangkan ada yg dah balik pun.
malam itu, akibat keletihan.. alief telah menggigau.
menangis penuh sedu sedan..
kudakap dia dgn erat, kasihan tp dalam hati
tu dia melasak sampai ke malam akibatnya.

Sunday, April 18, 2010

harini Alief telah mencecah setahun 3 bulan...
semua dia dah pandai. dah pandai berjalan, berlari,

jd technician, bantu mummy sidai kain, sepahkan bju yg dilipat,

simpan baju kotor dalam bakul, merajuk kalau brg diambil

atau apa yg dihajati x dpt, susah nak tidur,

dah pandai angkat takbir, urut kaki dgn pijak kaki kita...

aaaa mcm2 le klau nak sebutkan. kdg2 aku jerit,

kdg2 aku sengih,kdg2 aku babab kaki dia...

heheh bkn senang sebenarnya kan nak hadapi semua ni.
tahap kesabaran wow kena tinggi.

yang ni pula kan.. hehe apa yg dilakukannya smlm, cuti2 kami.
APapun, Mummy dan papa sayang Alief




penat papa mandikan sblm ni.. tp lepas tu akhirnya dia masuk semula dlm bekas mandian. bahaya sebenarnya takut tersebam dlm tu. itu yg mula2 rasa nak marah, tp lepas tu terus gelak. papa lak dah bising, letih tol budak ni, losyen bedak semua papa dah sapu ke bdn. papa bising di mulutnya saja.. tp tgn sibuk gak ambil video anak

Pengajaran, pastikan beberapa kali pintu bilik air ditutup rapat

Wednesday, March 31, 2010

Selangor oh Selangor... hujan oh banjir

Alkisahnya ptg smlm mmg menyakitkan hati..

semua gara2 sistem perparitan yg tersumbat di sana sini. Masalah yg sejak dahulu x pernahnya selesai, bila ada sesuatu kempen masa tu le baru nak selesaikan.. semuanya sama.

Beginilah, semlm menyebabkan kami kelewatan tiba di rumah yg nun bukan jauh pun. tup tup balik banyak perjalanan yang kami tempuh.

Tiba di rumah mak nak jemput anak, air baru surut seb banjir.. mak kata Alief hepi sgt tgk air bertakung hehe mmglah dia pantang tgk air. nasib x buang brg2 dlm air.. sampai mengalir ke mana2. kemudian lalu dpn sek rendah tmn selayang x bole seb banjir dan bebudak mcm balik awal semuanya, nak masuk bulatan batu caves x bole, stuck giler x gerak langsung, lalu le jalan kuching konon nak u turn sblm bulatan tu.. mak aih jalan kucing dr kl jammed... aku masuk kg batu muda, empat tin. akhirnya kuar kt lepas giant, naik balik mrrr2 tp aku terus je lalu dpn tmn layang2 kepong dan akhirnya masuk frim terus ke bukit idaman.

haaaa ko baru sampai rumah yg x berapa jauh tu.. dkt jam 7 mlm. kuar opis 5 lebih..my little boy dlm kereta dah gelisah, aku turunkan dr sitnya, habis air cond, ambi pure, radio dia main, kerusi dia panjat. org sebelah kereta aku tgk je mulut aku kumat kamit hehe.. lantak le. nasib auto, senang sikit aku kawal kedua2nya. mulalah ada yg kena marah sampai hingus2 kuar hehe. semua gara2 hujan lebat dan banjir.

KL oh KL, Selangor oh Selangor, x pasal2 harini aku dah membebel pnjang

Tuesday, March 30, 2010

hadiah dr ibu eli



Happy 1st Birthday Alief.... ucapan dr ibu, ayah dan abg eiman
Alief paling suka sekali... cover cd tu. bukan apa, nak buat mainan. buka tutup buka tutup. harap jgn le hilang vcd tu nanti.
Setahun sebulan yg lalu Alief dah bole berjalan dgn laju... alhamdulllah. kini banyak lg kerenahnya, tp aku amat bersyukur kerana diberikan anak yg sihat, cergas, cepat memahami... kena marah tahu takut... cuma satu je, suka ikut buntut aku hehe kalau bole nak masuk dlm kain lg. itu kali pertama dia jumpa org le.. tp lepas tu kalau org pandai tackle dia hehe gelak besau anakku ini.
Dalam mendidik anak ini, dia juga banyak mengajarku erti sabar (dlm segala hal).. mengajarku agar lebih menjaga perkataan (mulut jgn suka keluarkan apa2 sesuka hati, akibatnya anak ikut nanti) tp sesekali kalau geram terkeluar gak.. moga Allah ampuniku. Akhlak aku dan suami pun kena jaga dpn anak, tidak mahu dia ikuti segala yg buruk. Itu sajalah doaku kepadanya, agar Alief lebih baik, lebh berjaya, lebih soleh dr kami berdua, menghormati org tua .. Amin ya Allah ya Rabbal alamin..

Tuesday, March 23, 2010

mANa PenGANtin

Hitam putih... inilah tema majlis perkahwinan kedua adik perempuan bongsu suamiku....
ini hanya gambar dr salah sebuah bilik pengantin, yg satu lg tiada kesempatan seb sentiasa berpenghuni.
Mana Gambar Pengantinnya?? Aku hanya sibuk dengan anak sahaja, sibuk kejar dia, layan dia. tiada langsung kesempatan nak buat hal lain...
Kami ucapkan 'selamat pengantin baru' utk cik nab dan mak teh...

Tuesday, February 16, 2010

hadiah dr Ummi

Inilah hadiah dr Ummi sempena harijadi yg pertama.. alief asik kuarkan je ummi, masuk x pandai. kita masukkan, dia campak keluar... paling dia suka ada beruang tu mengeluarkan bunyinya hehhe