Wednesday, January 27, 2010

Demam campak


Sibuk makan biskut sedap...
Suhunya tinggi dkt 38 darjah C. Bawa jumpa doktor. Siang malam sapu air asam jawa.. mak pula bg daun bunga raya putih utk sejukkan bdn. Daunnya juga husband buat mandian utk alief... dan selepas itu alhamdullah. dia menangis masa mandi, mungkin sejuk tp sihat lepas itu. Syukur... selepas itulah timbulnya merah campak pula. satu bdn. kuberikan air kelapa, dia minum juga. penamatnya, aku sapu calamine lotion yg dibeli di farmasi dgn harga RM8. lotion ini juga bagus utk ruam...

Friday, January 22, 2010

menjelang usia setahun

Dalam ni juga dia suka...
Masa ni baru baik demam.. jd asik nak berkepit je.. ngada lebih. hehe masa ni dia heran seb aku gunakan tuala dia utk cover rambut.. buruk le

Tgk tu.. tgk Mickey Mouse sampai jelir lidahhh.. noti skrg dah pandai jelir lidah lepas tu ajuk apa kita buat... kita berdecit, dia decit gak

Kotak jugalah akhirnya tmpat dia bermain..

Tolak nak, insyaAllah cepat jalan.. dia bukan x boleh tp alat ni lebih memberi galakan. kdg2 dia malas nak angkat kaki, main terjun je ke badan kita

Belek nak, cara nak gunakan gear


Tak lama lagi, Alief akan genap setahun. 28hb Januari ini. mcm2 yg berlaku sebenarnya.. aku pun x sempat nak update. cuma baru ini kubelikan dia mainan, playskool step stride n ride... utk lebih menggembirakannya. tak perlulah dia tolak bakul baju ajeee. Alief skrg kalau papa marah x bg panjat.. dia mulalah kuarkan air mata palsu. pastu memeyyyy.. jeritnya, akupun tidak le layan sgt, kang terlebih ngada. ada sebab papa marah tu...
demam telah melanda...
dia demam, aku pun rasa nak demam. suhu tinggi dkt 38 darjah celcius. alhamdulllah berkat mak yg banyak membantuku, begitu juga hsuband, alief sihat.. tetapi rupanya lain yg dtg.. demam campak... oh ye akan ku update ye gambar demam campak itu...

Tuesday, January 12, 2010

Allah memelihara anakku, Alief Imran



Inilah budak baik tu...

Bukti kepalanya di'lukai'...
Sabtu lepas... dlm papa dan mummy sibuk bersiap nak ke rumah uncle Arfa dan auntie Rozy, alief juga sibuk bermain. dalam tak sedar, rupanya dia dah lama 'cantik punya pandang' kt satu lampu tu. lampu berdiri tepi katil, di dalam bilik aku. panjat je katil terus lepas tu dia berdiri kt tiang lampu.. digoncangnya sekuat hati. Ya Allah, berderai lampu tu jatuh, hanya mentol je masih berdiri di tiangnya. begitu kuat alief menangis dan begitu juga kuat aku menangis kerana risau akan dirinya.. luka ke dia.. ya Allah.
Segera hsuband mengangkat alief dan berikan kepadaku.. aku lihat kepalanya, nampak mcm tiada apa yg luka. namun tiba2 ada sedikit darah, tersentak aku. Peliharalah anakku, ya Allah.. itulah doaku. Tangisannya yg kuat semakin mendayu kerana hanya memangil meme, meme.
setelah kami bersihkan anakku dr serpihan.. kami sapu dgn gamat. Inilah peringatan pertama utk kami, jgn leka. tp sebenarnya kami langsung tidak leka, cuma hanya terlepas pandang seketika. betapa lajunya di alief bergerak... Kini, aku tutup semua pintu bilik yg boleh mengundang bahaya kepadanya. Oh ye mummy juga ada belikan mainan baru utknya.. yg akan diposkan harini. Tunggu ye gambarnya nanti...
Mulutnya yg petah kini suka memanggil papanya. Pa..pa. pa...pa. papa menjawab, iye... alahai manjanya papa hehe. tetapi bila kusebut pd Alief, mami or meme dia balas papa. meme, dia balas lg papa. ish budak ni, asik papa je.. saja je dia sakitkan hati aku hehehe. tp tetiba bila menangis, sebutan bertukar meme.. meme hehe sebutan papanya terus ilang... yelah papa mana nak kalau anak tu menangis pun.
Inilah keajaiban sentuhan dan kasih sayang antara seorang anak dan ibunya kan.. kerana kepada ibunya tmpat anak mengadu, merintih, bermanja. Inilah keistimewaan yg diberikan utk kaum wanita yg bergelar ibu....
Ingatlah selalu (juga utkku): 'Syurga di bawah telapak kaki ibu...'