Monday, October 26, 2009

Dalam Perjalanan....

On de way pulang dr working visit ke USM Penang, ada beberapa kejadian berlaku sepanjang perjalanan ke KL. Jalan jammed, akibat dr construction yg tak pernah selesai... dan berlaku beberapa insiden kemalangan. bkn di bahagian kami, tp di bahagian sebelah jalan. Ish bagaimana agaknya nasib pemandu dan penumpang kenderaan tersebut... terus kami beredar dengan harapan moga kami semua selamat sampai ke rumah masing-masing. Negara kita ni mmg x pernah sunyi dr berita-berita sebegini, apalagi di musim perayaan dan cuti. Oleh itu sebagai pemandu berhemah, marilah kita sama2 menjaga adab pemanduan dan berbudi di jalan raya.. Dgn manusia pun kena berbudi bahasa juga tau, ikut rules, jgn main redah je hehehe. tertib...


Thursday, October 22, 2009

kereta baru - S---- C-----

Kereta baru????

Jenis kenderaan apa agaknya yg aku baru beli ni.... warna? apa kelebihannya....

sebelum tu mmg dah ada, warna biru kubelikan. tapi kerana saiz yg semakin membesar hehe maka keselesaan perlu diambil kira... kenderaan ni sebenarnya milik si kecil, Alief. Kereta baru Alief, sweet cherry dan berwarna merah pula. Mummy beli dr seorang teman sepejabat dengan harga amat berpatutan. Terima kasih...


Senyum... seorang penghuni di kerusi baru yg lebih selesa, lebih besar.. dan yg penting senang dia nampak di hadapan. tidaklah meragam sgt, tp kalau jammed ah mulalah buat hal juga.

Baru belajar nak angkat punggung, beratnya.... tu yg lambat merangkak. asyik mengensot dgn laju atau berguling... xpe sayang, sikit-sikit lama-lama berjaya juga. (Leka dengan mickey club house...)

Sunday, October 11, 2009

Mencuba ...

lamBatnya Aku nI...

org lain dah lama dah guna...

aku masih mencuba...


Apa yg kucuba?

Inilah dia. sebenarnya dah lama teringin nak pakai, lgpun dgn ketinggian dan kecerahan aku rasa kalau pakai memang vogue le (suka hati nak puji diri sendiri). Tp apakan daya, ia tetap menjadi kelemahanku (kerugian sebenarnya).

aku x boleh berkasut tumit tinggi, apalagi kalau ianya halus. sah sah jatuh, digelakkan org le nanti. oleh itu aku ambil je langkah x nak mencuba untuk memakainya. sakit kaki satu hal.

tp entah mcmana raya baru ini, aku lalu di depan sebuah kedai. ternampak kasut tinggi ni.. yg aku suka seb tapak bawahnya besar dan bukan halus. tanpa berfikir panjang terus aku capai dan minta saiz 6. harganya amatlah berpatutan.. yelah kalau aku beli mahal kan rugi dan membazir. Jd beli sajalah yg sederhana.

bila kucuba.. wah seksi juga gitu haha. aku sibuk le mencuba di depan cermin, cara jalan yg sesuai. tp aduhai sakit gak kaki akuni. aku ambil jalan untuk menampal bah bawah kerana agak licin, almaklumlah kasut murah je. RM15 tampal sahaja...

harini aku cuba memakainya... tp dgn syarat xdelah nak jalan jauh. Husbnad seperti heran gak seb aku nak pakai kasut tinggi seb biasanya aku mmg mengeluh. tp pg ni dngan semangat mencuba hehe aku sarung. penampilan agak berbeza dgn mekap sedikit di wajah (hahaha menutup muka yg pucat dan tidak rata...). bila kusarung, hehe lebih tinggi dr husband. dia tgk je walaupun pelik gak..

cuma bila aku hendka berjalan jauh sikit, aduiii merah nya kakiku. satu seb murah, kalau hush puppies xde le kesan tu huhuh. kedua tumit tinggii.. jenuh aku jalandgn berhati2.

akhirnya ku sedar, aku hanya boleh memakai kasut ini dalma opis, dalam kereta, tidak berjalan jauh, g kenduri kendara... kaki oh kaki, xde can le mummy bergaya lebih
tapak kaki bermasalah... hehe biasa le. jgn intai lelebih
Inilah akibatnya.. kaki merah
Inilah.. bilalah agaknya boleh aku bergaya lebih dgn kasut tumit tinggi? Kepadanya pencipta kasut wanita, buatlah yg tumit tinggi besar sikit tapaknya. yg halus x dpt le aku cuba... tensen tol bila beli kasut susah nak cari yg sesuai. Untunglah ye sesiapa yg boleh menyarung apa sahaja jenis tumit tinggi

Monday, October 5, 2009

4 oktober...

selamat hari jadi.. semoga panjang umur.. moga Allah limpahkan rezeki dan rahmatNya buatku.. Amin

Ahad baru-baru ini genaplah umur ku yg ke toooottt hehe 36. buat apa nak malu dgn umur kan, lgpun kita semakin hari semakin berusia.. dan maju heheh. hadiah hari jadi? ciuman Alief Imran lah yang paling bermakna dan bernilai buat mummy...

tahun ni mmg xde majlis apapun.. kami sibuk beraya open house di rumah kwn2 hehe rezeki. Apapun terima kasih kepada semua yang 'ingat' akan tarikh hari lahir ku ini.. dan kepada yg suka 'menyakat' akan usiaku.. siap le korg yg pasti akan menyusul nombor ini hehehe. yg penting, mummy tetap vogue..bergetah lg le

Thursday, October 1, 2009

gegar.. gempa.. tergezut

Balik sahaja dr klinik kerana membawa Alief yg demam panas, (kepala dia panas betul-itupun mak dah sapukan air daun bunga raya putih) aku terus berehat di rumah. Ingatkan bolehlah aku berehat sambil melayan Alief yg agak meragam. tetiba Alief nak kuar rumah, terus husband bawa dia keluar. baru dalam 10 saat husband masuk semula ke rumah.
'T, kena kosongkan rumah. ada org panggil suruh semua turun.'
Ish nape le pulak ni. Rupanya husband beritahu td ada tingkat atas merasa gegaran yg kuat. Aku lantas terus capai tudung, ambil HP aku dan sempat isi botol Alief air masak. risau, takut dia meragam kt bwh.
turun sahaja, aku berjumpa beberapa penghuni lain tetapi semuanya tinggal di tingkat atas. seorang bro yg tinggal di tingkat 10 menyatakan yang air dalam gelas bergegar di atas meja rumahnya. wah... takutnya aku. aku yg tinggal di tingkat 1 memang xde rasa apa langsung, tp patutpun alief sibuk nak kuar.. mcm dia tahu saja. ini pertama kali kawasan perumahan kami merasai gegaran sebegini. Malam itu di berita TV3 memang ada menyebutkan gempa bumi di Sumatera. ya Allah, bila fikirkan kita hanya merasa secubit gegarannya sudah seram sejuk. Bagaimanakah nasib mereka di Padang sana. Nauzibillah min zalik. Moga Allah lindungi kami sekeluarga. Husband siap nasihat, kalau berlaku lg lain kali dan hanya aku berdua dgn Alief sahaja, ambil kunci kereta dan bawa apa yg patut. pergilah rumah sesiapa dulu...
lama juga kami berada di bawah. aku cuma risau kepala alief yg panas, tp alief budak baik. walau demam setakat ni dia x pernah menyusahkan mak atau kami. dia akan diam saja.. paling tidak sikit merengek. alief budaknya kuat.... sayang mummy. heheh husband siap lak ambil gambar aku guna hp Sambung baru dia. ish try test le katakan huhuhu. Gambar yang dia ambil ni dah mcm bibik lak aku ni hehe dgn lampin anak di bahuku. alah.. x sompek mummy nak melawa... nasib sempat mandi huhuhu