Tuesday, June 30, 2009

Pa laparle Mummy

Balik keje je mummy kena cepat masak, papa dah lapar. terkocoh-kocoh le gak.. cian papa x makan apa dr pg. tidur je lebihnya, kan bangun dah lapar. nasib baik nenek Alief bg sambal udang dan kuah dal kuning masak sayur mende tah. yg aku masak, masak nasi dan goreng pekasam sepat. adui... bau pekasam satu rumah dha tersebar. tp bila makan, amboi sedap tol. x nampak dah berat bdn yg lelebih ni hahahaha. Nasib papa like it very much. tambah gitu 3 kali.. tp kalau nak cepat masak, papa kena salinkan Alief lampin, mandikan anak
Mak aku kalau masak sambal, memang power gegila le... tahap sapa pun x boleh lawan. ni lak kuah dal kuning, aku biasa je... tp sambal mak aku mmg de best le in d world.
Ni pekasam sepat, aku suka kirim dgn sorg bro kt opis... Org Utara. Sapa x makan rugi oooo ibarat org kata aku rugi seb x makan durian le... gitu le gamaknya. nak sedap goreng bwg besar dgn cili api, tp alah cili api aku dah habis... nak sedap lg perah asam limau. wow....

Pukul 3 pagi (lagu P.Ramlee)

Ni bantal kesukaan Alief, dia suka bantal di kepalanya yg besar.. senang nak melasak lelebih. Lampu bilik tidur ni ala2 suam kuku chayanya, romantik gitu bg senang tidur...
Sebelum.... Dan selepas....
Akhirnya dalam mamai tu tersenyum gak anak mummy jam 3 pg ni... nak main ke? tidurlah ye sayang...
Setiap malam, Alief jarang tidur lewat. memang awal, memudahkan aku nak buat keje nak mandi dll. paling lewat rasanya jam 9 mlm. tp bangunnya juga awal. nak suruh mummy tahajud ek...
tp satu hari jam 3 pagi dia dah kejutkan aku.. nak main. alah sayang, mummy ngantuk tahap teruk ni hehe dah le banyak 'assignment'. nak tak nak kubuka biji mataku yg bulat ini utk melayani kerenahnya. teringat pula pd lagu Tan Sri P.Ramlee...
"Pukul Tiga pagi, tidurlah wahai intan... esok jumpa lagi bla bla bla..." (tak ingat the lyrics le)
Akhirnya dlm jam 4, my chubby ni sambung tido le.. Lega. boleh mummy tumbang sekali lagi.

Sunday, June 21, 2009

hepi papa's day

Part B tu alief tulis... senget ditolaknya...
Inilah hasil....... Siap dpt hadiah CD lg...
21 June, hari bapa kan.. my hubby tahun pertama utknya. aku fikir apa nak bg agaknya.. so saturday morning aku dgn alief kuar drive g 7e. hehe buntu sebenarnya. last aku beli kad ucapan, so simple tp bermakna. Bersama-sama Alief, kami menulis di atas kad tu hehehe. bila papa bangun tidur, terus ku hulurkan melalui Alief... sengih je papa terus dia suruh lekat ke peti ais. ini je yg mampu kami berikan untuk papa...
Mengenai hari bapa ni, bila ku fikirkan... telah terjalankah tanggungjawab kita selama ni. Yelah dulu berdua. bila bertiga, tugasnya semakin berbeza. semakin berat. di sebelah kanan husband kita dan di sebelah kiri anak... mana satu agaknya nak didahulukan. antara kehendak suami utk secawan air atau tangisan anak? sebenarnya kalau x silap aku, ada pernah menyatakan yang dalam apa hal pun keizinan suami diperlukan dan kehendak dia didahulukan... apakah aku dan para isteri semua telah melaksanakannya.... bagi suami yang memahami, hal ini akan nampak lebih mudah lagi bukan....
Selamat hari bapa, untuk semua kenalanku, sahabat dan anda.. Dan untuk Papa, setiap hari adalah hari bapa... muah....

Sesuaikah... utk anak2

Antara siri kartun pilihan aku dan pilihannya....
alief memang suka kamera, mesra gitu hehe.. ni warisi bakat sapa le pulak ni.

Memang sah le muka bangun tidur... hehehe

Sabtu? biasanya harini kita sibuk dengan kerja-kerja rumah. Tapi apa yg anak kita selalunya buat ye... apalagi menonton kartun kesukaan le termasuk le si Alief ni. Untuk me'diamkan' dia dan memudahkan aku buat kerja-kerja, ku pilihkan rancangan kartun yg boleh educate dia sikit. sekurgnya kartun tu berwarna-warni yg semestinya menjadi tarikannya utk menjerit sorg-sorg, dan diselitkan dengan pendidikan... Nak bangun lewat? Oh tidak! Alief akan kejut kita bila sudah sampai masanya utk dia bangun. paling lewat 6pagi tp Sabtu baru ni, jam 3.15 dia dah bangun. Nasib cuti le sayang.. jam 4 lebih baru dia sambung sehingga 6lebih. boleh le mummy 'tumpang' sebantal hehehe.

Barang yg sepah tu, hehe buat x pandang dah le

Wednesday, June 17, 2009

bapa borek anak rintik

Khusyuk anak mummy tidur.. tgk tu kesan gigitan nyamuk. part ni memang sama je dgn mummy, pantang kena gigitan nyamuk merahnya bukan main. nasib baik nenek letak ubat gamat but but. berkesan.. kalau x, papa tu bising je nanti. anak dia merah sana sini... Alief x nak bangun lg ke, pampers dah tukar ni. Berkerut dahi bila tidur, fikir apa ni...
Tgklah papa dengan anaknya tidur, masing-masing tak sedarkan diri tu hehehe. sorang terlentang, sorg senget. sama je... cuma yg membezakan sorg anak 'org putih', sorg anak 'org itam' huhuhu. Kalau tambah mummy, kita menang lah Alief... Alief kalau nak pusing bukan dia kira siapapun di sebelahnya, mmg ditolak lah. dengan papa, dia x mampu buat mcm tu.. Big GIANT le mummy... tp dengan mummy, kita mengalah je lah. Sayangkan anak hehehe
Aku paling suka bau Alief bangun dr tidur terutamanya di bahagian kepala, leher, pipi. memang itulah yg kita cari dulu.. walau busyuk tp itulah ubatnya. padahal kt mulut tu penuh karat air liur susu hehehe.
Mummy baru je tukar susu soya ke susu lembu utk Alief, lgpun bulan depan dah nak masuk enam bulan. Dah boleh makan bubur, nestum... Harap2 sesuai le dengan perut dan 'selera' si Alief

Monday, June 15, 2009

sambungan Basic Occ. First Aid mac 2009

Aksi ni paling melucukan, hehe ni bro sidek buat apa ni kt bro mali. ish ish... agaknya tgh melegakan pesakit le ni sampai peluk sakan huhuu
Ni awatnya sampai terlantar, xde langsung sesapa yg nak tolong ke.. tolong tgk ramai le huhuhu
haaa.. inilah luka buatan. mcm berlakon lak. tp ok le.. aku jd antara pelakon yg cedera. Akhirnya, aku telaH DIBALUtkan.. posing tetap kena kawal air muka
org sakit kena buat muka sedih le....
check, ada nafas ke idak.... kalau sesapa nak try sila sila...tgh fikir ni, mcmana nak jwb soalan ni. kang x lulus lak, nyosal kang.
Ye ina, push push hehe ada lak yg tukang bg arahan kt belakang
ish mcm manalah td yg abg tu ajar ye, lupo lak ni. kang aku tiup je kang hehehe kembung lak perut
Baru je dpt ni dr bro. yg uruskan program ni haritu... ni mmg dr kamera OSH unit le kiranya. Lagi mcm2 le gambarnya.. silalah tgk ye

Mana Alief?

last nite, mcm biasa Alief memang tidur awal. lepas mandikan dia sblm maghrib tu, dia buat tanda-tanda awal mengantuk. sabar ye my baby, maghrib x elok tidur. sambil tu mummy bolehlah basuh kain ke kan. agak2 dah cukup timenya, aku pun buatkan susu dan terus tidur anak bujang ni. tapi nak tahu apa lak tabiat dia skrg.... lasaknya tidur... kalau boleh setiap kali pusing ke arah mummy, dia nak suruh kita ke tepi. bg laluan lapang tuk dia hehe. mula2 elok je dia tidur sebelah aku.. tp last2 dia dah ada kt bah bwh aku. amboi lasak tol le. padahal sejam skali aku bangun, aku dah tarik alief ke atas. bila pusing ke kiri, dia bersuara. ke kanan, bersuara gak. tu yg sejam sekali mummy terjaga. cuma nak tergelak bila dia sibuk nak tolak aku.. mcm le mampu. macam aku ni ambil tmpat dia sedangkan dia makin menginsut ke bwh hehehe.
anak mummy, anak mummy. botol susu jgn lekang dr dia. ada masanya kalau dia nak, sediakan je le. tp skrg, agak kurang sikit tabiatnya ini kecuali kalau dia lapar. Papa lak busy keje malam nak.. bila mummy cerita kt dia, katanya 'Anak Jantan'. Nasib le papa, toto jadi peneman dan pengganti tilam hehe. oh ye anak mi dah tumbuh gg bwh seb setiap kali dia gigit, sakit juga. tunggu le apalak dia nak gigit ni..
Papa lak dah 2 hari kena jaga Alief seb nenek balik Penang. hehe kena banyak bersabar Papa, kalau anak x nak tidur jgnlah marah anak tau. dia skrg dalam tempoh nak main-main je... dah pandai lwn mata. Tp terima kasih ye seb jagakan anak kita. Tak perlulah mummy ambil cuti. Dan tahniah utk anak mummy, seb selalu bg 'ketul najis' kt papa hehe rasakan.
Alief Imran, malam ni jgn tolak mummy lg tau...

Monday, June 8, 2009

My baby..

Alief kini dah nak masuk 5 bulan.. dah semakin lasak, becok mcm mummy dia hehe, nyaring bila menangis, kuat menjerit bila bermain. Dalam car seat pun dah tak nak duduk diam, jenuh le mummy ni memujuk tp tak jalan gak. Alhamdulillah dah banyak yang dia pelajari rupanya. hari demi hari bila tgk dia, rasa memanglah penat kan tp hati terhibur. Nak marah, semuanya x terkeluar. kdg2 pernah gak saja2 marah dia.. baru ckp amboiiiiiii je, mulut dia dah mencebik heheh. mummy geram rasa nak cium je bila buat mcm tu, lg le nak gelak. pastu bila sambung lg amboi.... terus dia jerit uwaaaaaa. hahaha alah mummy nyakat je tu. last2 mummy kena pujuk balik. ish mcmana nak marah anak ni, last kena pujuk balik. x boleh x boleh biasakan ni kalau dah besar, nanti dia ingat kita ni tak serius lak ye. Tp papanya mmg serius sikit kalau anak buat hal dan as a mother, awak ni idak le sampai hati. biasalah kan kan...
botol susu alief pun dah berubah saiz, dr yang kecil ke yang besar. x cukup le bila bg yg kecil. nenek pun dah bising... 'T, anak kau ni x cukup guna botol kecil' hehehe. Terima kasih pd nenek kerana memberi Alief makan air kanji nasi, kenyang dia. ialah mummy x kisah janji Alief sihat.. Terima kasih pada susu Bebelac hehehe dan terima kasih kepada Rabbul Alamin yang memberikan kesihatan, kesempurnaan dan kecerdikan kepada Alief Imran.

Sunday, June 7, 2009

Tema Ahad - Cuci, Kemas, Masak

Alahai comelnya kasut si kecil ni.. dalam diam-diam banyak lak kasut si Alief ni. yg kt bwh tu bukan kaki Alief, tp kaki aku hehehe nak juga masuk frame kamera ni.
Tgklah, kasut husband lebih banyak dr kasut aku... dia mmg minat sneakers
Di dalam inilah kami sorokkan kasut yang berlambak-lambak... Rak kasut lebih besar dr rumah lak ni
Ini sebahagian dr alat muzik milik husband
Hari Ahad/Minggu, apa u all selalu buat? mcm aku ni, rutin harian ahad biasalah. x nampak periuk kuali, nampak penyapu/vacuum, tak pun kain bertimbun, x pun buli anak hehe dan paling best kalau ada org tolong aku. Oh ye dpt window shopping ke shopping mall pun best, hehe seb dpt makan kt luar. kt mana pun aku tak kisah.. inikan hari utk keluarga bersatu.
ahad baru ni, target aku mmg kemas rumah. nasib baik hsuband pun mood ok nak tolong sama... kalau x mahu patah riuk bdn ni. husband hanya bantu bab nak kemas rumah, ok le tu. suku dr tu aku dah lega. Kemas rumah, mop, aku alihkan kerusi. istana kami kecil je tp alhamdulillah. cuma nak letak brg2 kena fikir beberapa kali, mana le nak alihkan lak ni. siap kemas rumah, aku tidurkan anak. Alief dah pandai x nak papa dia dukung... nampak je mummy mmg tgn tu x boleh nak diam. kaki dah gerak2. papa lak smabung tidur seb mmg jenis x tidur malam gamaknya. Aku terus jemur baju.. sambung lak masak. Menu aku harini... oh ye husband sblm balik pg td singgah pasar borong. TQ ye beli lauk. Jd dia dah bg arahan kt chef hari ni hehe utk masak lemak cili api ayam, bendi + tomato goreng bilis, ikan masin terubuk (ni baki dr yg aku bawa dr sarawak), sambal kical johor. siap masak, aku lak suruh dia buat air limau kasturi hehe. oh ye aku suka buat air guna gula perang. seb apa? Menurut mak aku, lebih baik guna gula perang dr gula biasa. mahal sikit je. kurang manis tp enak. Ok cubalah...

Thursday, June 4, 2009

Oktober @ Libra - Pilihanku

Lahir pada 4hb Oktober... Mungkin ini sebahagian dari diri aku. Sebenarnya banyak gak yang 'tepat' pd sasaran dan ada gak yg langsung x kena pada diri. Tetapi mana yg boleh diperbaiki, aku cuba ye tp bab boros tu mmg x sesuai dgn aku ni hehe aku jenis terkawal dan merancang. Aku pun bukan manusia yang sempurna.... Bagaimana dengan anda ye???

Suka berbual. * Suka orang yang sayang padanya. * Suka ambil jalan tengah. * Sangat menawan & sopan santun. * Kecantikan luar & dalam. * Tidak pandai berbohong & berpura-pura. * Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan. * Sentiasa berkawan. * Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama. * Cepat marah. * Macam pentingkan diri sendiri. * Tidak menolong orang kecuali diminta. * Suka melihat dari perspektifnya sendiri. * Tidak suka terima pandangan orang lain. * Emosi yang mudah terusik. * Suka berangan & pandai bercakap. * Emosi yang kelam kabut. * Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan). * Suka melancong, bidang sastera & seni. * Pengasih, penyayang & lemah lembut. * Romantik dalam percintaan. * Mudah terusik hati & cemburu. * Ambil berat tentang orang lain. * Suka kegiatan luar. * orang yang adil. * Boros & mudah dipengaruhi persekitaran. * Mudah patah semangat

Tuesday, June 2, 2009

31 May episod 2

Abg Eiman nape ni.. dah bosan le tu. Ibu saya panas le pakai baju Melayu hehe
Sebelum majlis, Alief dah mengantuk.... Nak tidur kena usap2 tgn mummy lak sorg ni.. Alief Alief
Ini dia pengantin lelaki dna perempuan yang diraikan pada hari itu
Selesai majlis, tu dia penuh kepala dgn bunga rampai...
Aaaa aku dah faham (Alief dah mula sengih)... nape nenek ni gunting rambut kita. Siap ada jurugambar lagi.. wah mcm artis le papa
Alief masih mamai, nape agaknya ramai org atas kepala kita ni ek.... pastu pegang2 lak rambut. Bagi makan apa lak ni, manisnya. Nasib mummy tolong sapu dan jilatkan hehe
Untuk acara marhaban ni, Mak Itam dah sediakan air zam-zam, madu, air bedak sejuk, bunga rampai dan telur.
Mummy dan Alief kena bersedia di pentas utama.. sblm acara bermula.
Eiman dtg lambat sikit pg ni.. tp hencem harini. Pakai baju melayu gak...
Sebelum majlis, Alief mengantuk sgt. tidur le dulu, kesian kt dia.. memang waktu tidur pun. seb biasanya dia memang bangun jam 5-6 pg. dah pukul 10 pg memang sah dia mengantuk semula. Hai Kak kinah and Bro. Asri, thanks for coming.
Hari Ahad pagi dimulakan dengan majlis marhaban... rupa-rupanya Pak Itam berniat nak sponsor untuk Alief Imran le. Alhamdulillah aku bersyukur. tapi maaflah seb aku tak dapat menjemput yg lain2 maklumlah majlis orang kan. Semuanya Mak Itam dah siapkan dr bunga telur dll. aku hanya dtg bawa anak je. pg lg alief dah mandi, siap pakai bju melayu.. alah comel hehehe tp seluar ketat rupanya, getah pinggang terketat. takpelah nanti mummy hantar kat tailor semula ye...