Tuesday, March 24, 2009

kursus asas keselamatan pekerjaan mac 2009

Ketua pengangkat utama... hehe rileks le bro
Latihan CPR
Ni cedera tangan le kononnya hehe gaya mesti lebih
Sila beri perhatian ye semua....

Ini model yang paling dikehendaki dalam kursus ni

Macam biasa, kaum wanita division aku yang suka bergambar....
Okay, sekitar 18-19 Mac, division aku terlibat dalam satu kursus asas keselamatan pekerjaan (basic Occupational first aid) di Kelab darul ehsan. Wah! memang seronok sebab banyak pengalaman dan benda baru yang kami belajar. dan yang paling tak tahan lagi (happy) sebab staff kami memang antara staff yang paling sporting in de world le hehehe. My friends, u all memang de best le.

Sunday, March 22, 2009

Inilah bondaku

Nak kenal siapakah mereka ini? Inilah bondaku, Puan Salbiah Othman @ Rahmah bersama 2 org cucu lelakinya, Aqil dan Alief. Anakku mcm biasa x boleh duduk diam, nak meronta je.. aktif betul.

Party M Nasir

Sebuah majlis / party menutup konsert alam M. Nasir diadakan di sebuah restoran di Sg. Pencala TTDI. Ini antara rakan-rakan suamiku yang dijemput. Makanannya ala western..

Sunday, March 15, 2009

Ahmad Eiman Razin & Alief Imran Hamzah

Ahmad Eiman Razin Dan Alief Imran Hamzah. kedua-duanya mummy sayang.... ni kalau sama besar mcm kembar pun ada ni. Alief cepat besar tau, Abg Eiman nak ajak main. Adik aku sibuk membetulkan tangan bebudak ni masa bergambar berdua, hai... ibu nak bergambar pun x dpt gak. Mummy dgn nenek je yg sempat posing

Selamat Pengantin Baru

Selamat Pengantin Baru untuk Roomi Booty dan Ninie, adik kawan husbandku. Meriah sungguh dan ramai artis otai yg hadir. Maaflah aku tak sempat nak ambil gambar. Kawan-kawan pemuzik suamiku pun ada. Terima kasih ye kepada keluarga Booty yang mengundang kami. Oh ye , yang membelakangkan kamera tu kawan aku yg paling busy huuuuhuhu

Marilah kita balik kampung

Bila husband aku dpt cuti, terus je aku pun apply cuti untuk balik kg sebab dah lama sangat tak balik. Alief pun tak pernah lagi jalan jauh.. asyik-asyik Tok Mak dgn Tok Asim je naik KL kan. Segera ku ajak suami ke JB. lamanya tak jumpa anak-anak saudara.. hehe ada yang dah panjang, ada yang tembam n cute. Anak sedara aku yg tembam ni baru 8 bulan tp sihat alhamdulillah. Penangan susu ibu tau. Adik beradik suami pun semuanya dapat kujumpa. Paling best lagi, mak masak asam pedas. Wah sedap sedap. Rumah kg pun banyak perubahan, renovation bahagian dapur. Nampak sgt le mmang kami ni jarang balik. Kt kampung, Alief ramai kawan. 3 hari kami di JB. Sblm balik KL, kami singgah di banyak tempat. Ayer Hitam dll. Hujan memang lebat sepanjang petang. tp nak dijadikan cerita kt Ayer Hitam xde nampak lak bengkel kereta seb hsband nak betulkan lampu yang terbakar serta wiper yg dah 'teruk'. Kami ke Yong Peng dan di sana baru ada bengkel Cina. cuma yang kelakarnya bila nak balik KL, my husband termasuk jalan ke selatan semula. Aku dah 'sound' kt dia tp dia x dgr kot. Rasa kelakar sgt seb dah le hujan lebat, pastu masing-masing bengong jdnya hehe. terpaksalah patah balik ke Ayer Hitam dan ambil arah ke KL lak. Inilah pengajaran buat suamiku hendaknya hehe preparation tu kan penting kan kan. Anakku, Alief pula sampai KL mcm nak demam. letih dok dalam car seat dan atas riba mummy lama sangat kot. Sampai KL jam 11 lebih malam. Adui... penat. Akupun penat (kena drive gak)... tp husband lagi penat. kena angkut brg2 yg banyak, maklumlah rumah bertingkat2... Sabar je...

Friday, March 6, 2009

Mimpi - apakah di sebaliknya

Pagi ini jam 5.30 tiba-tiba aku dikejutkan oleh husband. rupa-rupanya aku menangis ketika tidur, mengalahkan tangisan seorang bayi kerana begitu banyak air mata yang kucucurkan. Kemudian husband mula bertanya, awak nape T? aku diam seketika, cuba memikirkan adakah benar aku berada di alam nyata atau masih dalam alam mimpi? Agak lama, baru aku bersuara: 'T mimpi nenek."
Memang benar, aku mimpi bertemunya. Begini ceritanya: "Dalam sebuah rumah yang besar, ada ramai orang dan saudara maraku termasuk adikku Eli dan Razlan suaminya. Tiba-tiba kami duduk di satu sudut. di situ ada mama, makngah, nenek dan aku sendiri. kami seperti biasa sahaja. Aku memandang wajah nenek, dia senyum dan tiba-tiba kelihatan ada air mata yang keluar dr kedua belah matanya. Lantas kutanyakan kepadanya. "Nenek, kenapa?" Dia menjawab: "Nenek rindu." Kuterus peluknya dengan erat. Rupa-rupanya aku menangis dengan begitu kuat dan sedu sedan. Suamiku mengejutkan dan tika terjaga itu kurasakan seperti amat merindui nenek. Teramat sgt. Ingin benar aku memeluknya seperti mana yang aku rasai dalam mimpi tersebut. Nenek, T juga merindui nenek... Kalaulah nenek masih hidup lagi...
Al-Fatihah buat Hajjah Ainun Jamil... Al Fatihah

Wednesday, March 4, 2009

Sebuah kematian

Hari ini, aku dapat tahu bapa my best friend telah meninggal dunia pada malam tadi jam 11 malam. Terkejut juga aku mendengarnya.. tapi itulah ajal dan maut tiada siapa dapat menjangka akan kehadirannya. Sahabatku ini, Siti Sara Mohd Rom sememangnya seorang yang tabah dalam apa sahaja ujian atasnya kerana aku kenalinya sejak kecil lg. Al-Fatihah buat ayahnya...

Kerjasama.. Penting ke tidak

Bila kita bekerja, kita selalu perlukan kerjasama dan sokongan satu sama lain bukan? Sebab tugas di pejabat ini semuanya adalah untuk syarikat, universiti, kementerian, persatuan dll. bukan untuk peribadi atau diri sendiri. cuma aku peliklah, sebab ada insan tak kira lah dia ni org beso atau org kecil tp jenis suka tak nak membantu atau suka suruh balik-balik org tu je buat keje. kita ni kadang2 buat keje pejabat seb merasakan utk pejabat dan ikhlas nak buat seb dah staff tak ramai dan pejabat pun xdelah melantik sapa2 pun jd jawatankuasa. bila part kita dah selesai, sampai ke part yg sesuai dengan orang lain kita suruhlah depa buat. tapi ada lak yang terus menerus suruh kita buat. elo... ingat kita xde kerja lain ke. dan satu lagi tolonglah sama, takkan nak harap kita buat sorang. tangan kita dua je, kaki pun dua, telinga 2, mata dua. sama je lah 'org besar - org kecil'. Kita ni past pada orang tersebut seb itu dah bidang mereka... tolonglah buat sama-sama. Fed-up le mcm ni. Aku part kalau kena buli ni, mmg cukup pantang seb dulu aku dha puas dibuli. Maklumlah dulu2 aku mmg pendiam, org buat dan kata apa je kt aku sampai menangis. But now bila aku semakin dewasa, aku tahu hak aku. Dan jangan terkejut kalau aku akan 'bantai' balik dgn kata-kata. Bukan untuk melawan, tp utk tegakkan apa yg perlu. Aku bukannya keras hati atau degil, seb semua kerja aku boleh settlekan dengan sempurna. Dan aku bukan jenis org yg suka tangguh kerja, tangan ni mcm lipas kudung. Bagi aku masa adalah penting dan thats why masuk opis early morning sgt penting. Aturkan jadual dengan baik... Memanglah kadg2 kita pun ada hal kan. eee... geramnya. Mood pun mcm xde bila rupanya 'org beso' tu mcm ni, staff bawahan dia kan ada. nasib baik boss aku memahami. Tgklah lepas ni, kalau tak ada perubahan tak nak le aku uruskan benda2 yg melibatkan benda mcm ni.

Tuesday, March 3, 2009

Wajah baru...

Akhirnya Alief dibotakkan juga setelah agak lama... "terima kasih maksu alias neksu kerana membotakkan saya". Ini wajahnya pd jam 6 pagi. Lena sungguh....
Memang tabiatnya suka mengeliat dan cukup pantang kalau kita kacau, apalagi ada lagi suara soprano yang keluar.....
Gaya seorang ultraman ke hehehe

Sunday, March 1, 2009

Konsert Alam M. Nasir

First day untuk konsert Alam M. Nasir ini, my husband n friends nampaknya sudah bersedia. Selama hampir sebulan berlatih demi menjayakan konsert ini, akhirnya hasil 'dah nampak'. Ramai gak katanya antara artis yg hadir, antaranya 'kekasih ku' heheh Anuar Zain huhuhu. Jangan mare ye... Ni yg mummy geram x dpt g ni. takpe takpe nanti Alief dah besar mummy angkut sekali... Ini sebahagian dari kejadian di hari pertama Konsert Alam M. Nasir 2009