Sunday, February 22, 2009

Gelagat si Alief


Empuknya landing kt mummy, tu yg tak nak berganjak tu. letak je mulalah ada suara-suara merdu dari Alief

Akhirnya husband belikan buaian besi untuk Alief supaya dia dpt tidur dgn aman tanpa perlu landing pada mummy nya hehe tp di rumah nenek, dia lena tidur di tilam kecilnya. mengada-ngada le dengan mummy ni.


Semasa berusia 26 hari itu, aku sempat mengambil beberapa posing Alief Imran. Tetapi memang susah sebenarnya nak ambil gambar dia senyum atau sengih... baginya tidur lagi sodap.

Tetamu membawa rahmat

Seorang teman yang juga seperti 'adik angkat' ku, Siti Aslinda telah datang ke rumah dihantar oleh suaminya. Semata-mata untuk melihat 'anak saudara' barunya. Sempatlah aku memasak untuk lunch kami tengahari itu sambil Linda menjaga Alief. Sup cendawan, terung goreng bersambal, ayam goreng dan sambal kicap. Apalagi ALief ambil kesempatan ini nak Makcik Da dia dukung je le...

Thursday, February 19, 2009

Pengubat Hati Papa dan Mummy

Anak mi dan pa ni memang suka mengeliat, berbagai bunyi yg keluar dan satu lagi kegemarannya, mengeluarkan lidah yang kecil itu. lapar ye...
Alief ketika berusia sehari
Penawar duka, pengubat kesedihan, pengarang jantung, tempat pa dan mi curahkan kasih sayang yang disimpan selama ini. Selamat datang anakku... Kami doakan dikau menjadi anak yg soleh, di bawah perlindungan Allah selalu dan dilimpahkan banyak keberkatan
Oh ye, namanya Alief Imran Hamzah. Namanya begitu sesuai dan seperti kena dengan arwah nenek dan atukku. A for Hajah Ainun dan I for Haji Ishak. Berat semasa lahir 3.13 kg. sihat alhamdulillah. Alief rupa parasnya buat masa ini lebih kepada suamiku... tp kulitnya sama dgn mummy.
Papa lah antara org yang paling cerewet hehe takut anak kena gigit nyamuk le, menangis le, lampin basah le, itulah inilah hehe. Mummy rileks je.. but I'm happy too.

Rezeki melimpah

Hari ini Jumaat 20 Februari 2009, ada kemurahan dari seorang staff wanita di pejabat kami. dia bermurah hati membelanja kami makan sarapan.. mcm2 pilihan ada. mee wantan, nasi goreng kampung, nasi kerabu, mee kung fu, nasi campur dll. Khabarnya 'insan pemurah' ini telah tamat menghabiskan kuliahnya yang bertahun-tahun. Tahniah ye... Moga Allah limpah rezeki, dan beri rezeki yang lain pula. Sori le x sempat nak ambil gambar semua makanan, seb dah ada penyerbuan hehehe.

Bismillahirrahimanirrahim
'Allahumma bariklana fi ma razaktana, wa qina 'azabannar.. Amin

Wednesday, February 18, 2009

Rehearsal - M.Nasir


Sejak akhir bulan Jan 2009, my husband sibuk dgn latihan untuk show M.Nasir di Istana Budaya pada end of February ni. Biarlah, kdg2 latihan lebih teruk lagi dari show... penat bila tgk dan masa tu untuk keluarga kadang-kadang memang takde. sebab itu, kerjaya sebagai pemuzik ni memerlukan teman hidup yang tinggi kesabaran, memahami dan banyak bertolak ansur. Aku sendiri sblm berkahwin, kira-kira 14 tahun dulu cuba 'mendidik' diri supaya memahami apa sahaja kerjaya suami. Walaupun bukan mudah, tp kesabaran memang penting dalam semua hal.

Pa, jangan lupa 'hadiah' kami tau hehehe...

Wednesday, February 11, 2009

Peristiwa sedih 2 Februari 2009

Ajal dan maut di tangan Allah. Kita sebagai hambaNya selayaknya redha dengan apa sahaja ketentuan yang ditakdirkan tanpa perlu rasa keluh kesah. demikianlah juga kehidupan ini...
Di ruangan ini, aku ingin nyatakan bahawa nenekku Hajjah Ainun Jamil yang telah sakit selama beberapa minggu telah pergi meninggalkan kami semua pada 2hb Februari 2009 jam 9.30 pagi dalam keadaan aman. Pemergiannya memang kami jangka kerana berbagai penyakit yang telah dihadapinya ekoran kedua buah pinggang tidak dapat berfungsi.
Aku terima semua kenyataan itu dengan pasrah. Hanya air mata yang dapat kutitiskan kerana sebagai orang Islam, kita dilarang meratap. Yang penting, aku doakan kesejahteraannya di sana.
Jenazah Nenek dimandikan di HKL. Aku, mama, makngah, mak itam, mak lang turut membantu 3 org ustazah memandikan mayat. Aku satu-satunya cucu perempuan yang hadir ketika itu. Dan ketika tiba saat mengkapankannya, giliran semua anak dan cucu untuk menkucup wajah terakhirnya. berkali-kali ku kucupi pipinya, sambil berdoa agar nenek ampuni dosaku. air mataku memang tidak dapat tertahan. Mama hanya mengusap belakangku supaya bersabar..
Jenazah dibawa ke Kg Nakhoda untuk ditatap oleh kali terakhir oleh cucu, cicit dan saudara mara yang hadir. Selepas asar, jenazah bersedia dibawa ke masjid. Dan semua anak-anak, cucu-cucu dan cicit-cicit diberi kesempatan mencium kali terakhir. bila lihat sahaja jumlah kami yg ramai, aku pasti nenek bangga kerana dia mempunyai cucu dan cicit yang ramai dr anaknya seramai 8 org. kesemua kami sayang kepada nenek. Selepas kukucup pipinya, aku terus keluar dan bersabar. aku hanya perhatikan pemergiannya dengan linangan air mata. Adikku, Eli turut teresak-esak kerana kami telah kehilangan atuk dahulu dan kini nenek tersayang.
Dr jauh, aku berdoa agar ALlah masukkan dia ke dalam syurga yang abadi.
"Nek, ct mohon ampun sekiranya ada banyak kesalahan ct selama ni terhadap nenek. mungkin dulu kadang2 t degil tetapi bukan niat untuk melakukan sedemikian. Tapi t tahu, nenek tahu yang t sayang kepada nenek. Kasih sayang nenek akan t pahatkan dan t akan ceritakan kebaikan nenek pada anak t nanti. Dan nek, jangan lupakan cicit nenek. Alief Imran Hamzah. Dialah cicit nenek yang terakhir, sblm nenek menutup mata meninggalkan kami. T doakan nenek selamat di alam yang baru di sana...." Amin

Al-Fatihah....